Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Banana Chocolate Cake Ala Kayangan, Resepi Paling Terbaik Abad Ini. Cubalah Kalau Tak Percaya!

Resepi Banana Chocolate Cake Ala Kayangan, Resepi Paling Terbaik Abad Ini. Cubalah Kalau Tak Percaya!

Kategori:
resepi banana chocolate cake

Banana Cake sudah biasa dibuat kan? Lagipun mesti ada yang dah bosan dengan banana cake. Jadi apa kata kali ini jom kita buat Banana Cake versi coklat pula. Bukan calang-calang versi coklat tau tapi ala kayangan ini. Semestinya rasanya lebih sedap berbanding kek-kek yang ada di Secret Recipe. Cubalah dulu baru tahu!

Resepi Banana Chocolate Cake Ala Kayangan, Resepi Paling Terbaik Abad Ini. Cubalah Kalau Tak Percaya!

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji pisang berangan
  • 1/2 cawan fresh milk + 1/2 sudu makan cuka (mix dan biarkan sekejap untuk jadikan buttermilk)
  • 120g brown sugar
  • 115g butter(dicairkan) atau minyak masak
  • 160g tepung gandum
  • 25g cocoa powder
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Sedikit vanilla essence

Bahan hiasan:

  • Walnut/badam yang dibakar
  • Chocolate chips

*gaul dengan tepung sikit supaya tak tenggelam di lautan dalam

CARA PENYEDIAAN:

  1. Lenyekkan pisang.
  2. Campurkan susu dgn cuka untuk dijadikan buttermilk. Biarkan seketika dlm 10min.
  3. Cairkan mentega.
  4. Masukkan gula dan buttermilk ke dalam pisang yang dilenyek tadi. Gaul rata dan masukkan pula butter cair.
  5. Ayakkan tepung, baking powder, soda bikarbonat, garam dan cocoa powder. Masukkan ke dalam adunan tadi.
  6. Masukkan coklat chips dan almond *ikutlah kekacang apa yang ada
  7. Taburkan kat atas kek tadi lebihan coklat dan kekacang yang disalut tepung
  8. Bakar pada suhu 150c, 30min api atas bawah (rak tengah dalam oven) sehingga kek masak. It’s depends on your oven.

*Saya guna loyang empat segi saiz 7 inci. Nak tahu kek dah masak, try cucuk tengah-tengah kek dengan tester cake/lidi yang bersih. Kalau dah tak melekat dah ok dah tu.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Nabilah Azis

Baca juga: Cara Buat Kek Pisang Comel Dan Gebu. Bukan Comel Di Luar Je, Bila Makan Pun Sangat Sedap

tags: | | |