Memang anak-anak kecil banyak ragamnya. Sebelum tidur meragam, selepas bangun tidur pun meragam. Memang sudah menjadi kebiasaan, anak-anak akan menangis setiap kali terbangun dari tidur dan merengek kerana lapar.
Bagi ibu bapa yang sudah mempunyai banyak pengalaman mungkin perkara ini mudah sahaja kerana mereka cuma perlu memujuk dan menenangkan anak-anak dengan cara yang tertentu selepas anak-anak bangun tidur.
Mengenai dengan anak-anak bangun tidur ini, ada kejadian yang agak kelakar yang dihadapi oleh pemuda ini dimana ketika dia menjaga anak buahnya.
Video yang tular di Twitter itu memaparkan gelagat spontan seorang kanak-kanak yang baru sahaja terbangun dari tidur. Dalam keadaan mamai,si kecil berkenaan terus menerpa ke arah bapa saudaranya yang dikenali dengan nama Haziq Aiman. Anak buanya itu kemudiannya menyelak baju pemuda berkenaan seolah-olah mahu menyusu badan.
Apabila menyedari bahawa dirinya sudah tersilap ibu, kanak-kanak berkenaan lantas terus mencicit lari ke arah ibunya. Menurut Haziq Aiman, kejadian ini bukanlah kejadian yang pertama berlaku namun sudah berkali-kali. Cuma baru kali ini dia sempat merakamnya.
Dalam pada itu, dia turut berkata kemungkinan penampilannya yang berambut panjang membuatkan anak buahnya itu keliru apalagi sewaktu terjaga dari tidur.
https://twitter.com/haziqaiman_/status/1356166462776303618?s=20
Sumber: Haziq Aiman