Siapa lagi yang tidak kenal dengan sosok seorang lelaki yang terkenal dengan gaya menabur garamnya yang kreatif. Tidak pernah dibuat orang dengan gaya sedemikian rupa. Dari gaya menabur garam dan gaya memotong daging yang menariklah beliau mula dikenali oleh warga dunia.
Mula terkenal sejak tahun 2017 dan lebih dikenali dengan gelaran Salt Bae, beliau bukan sahaja seorang tukang masak tetapi juga pemotong daging terkenal yang berasal dari Turki. Memiliki badan yang sado dan tampan, nama asli beliau adalah Nusret Gokce.
Gocke sekarang ini berusia 38 tahun awalnya berasal dari keluarga yang kurang kemampuan. Ayahnya hanya seorang pekerja biasa dengan pendapatan bulanan yang sekadar cukup-cukup makan sahaja. Menyedihkan apabila beliau terpaksa meninggalkan persekolahannya kerana tiada wang yang mencukupi dan mula bekerja sebagai pemotong daging.
Hasil penat lelah dari kecil, kini beliau merupakan salah satu umat Islam yang berjaya dalam bidang masakan dan mampu mengubah nasib hidupnya dengan begitu berjaya. Seorang pemuda yang hebat, yang tak pernah kenal erti mengalah dalam kehidupannya.
Mungkin kerana lahir dari keluarga yang kurang berkemampuan membuatkan beliau tidak mudah menyerah kalah. Selepas beberapa tahun bekerja sebagai pemotong daging. Gocke mula memberanikan diri untuk bekerja di Argentina sebagai pembantu tukang masak. Dalam masa yang sama, beliau belajar cara memasak daging setelah dapat menguasi teknik memotong daging dengan sempurna dan tepat.
Mungkin selepas ilmu atau pengalaman selama bergelar sebagai pembantu tukang masak sudah cukup, Gokce membuat keputusan untuk pulang ke negara asalnya iaitu Turki. Di sana, beliau mula membuka restoran steak bertaraf dunia, restoran tersebut diberi nama Nusr-Et Steakhouse, yang terletak di Instanbul. Kini beliau sudah memiliki banyak cawangan di tempat-tempat lain.
Untuk pengetahuan korang, sebelum beliau viral lagi restoran beliau sudah cukup popular dan dikenali orang ramai. Bahkan selepas beliau terkenal, semakin ramai yang berlumba-lumba mencuba steak di restoran beliau. Malah ada juga yang rela menempuh perjalanan yang panjang semata-mata untuk merasai keenakan steak hidangan beliau.
Tidak dapat dinafikan Nusret Gokce ini memiliki wajah yang rupawan. Namun beliau tetap berani tampil dengan gaya yang berbeza dari kebanyakan Chef hensem lainnya. Mulai dari gayanya memotong daging dan sesekali mencium bahagian daging sudah cukup membuat orang jatuh cinta. Apatah lagi jika ditambah dengan gaya taburan garam dari atas.
Pada mulanya, Salt Bae ini kelihatan pelik dan dengan gaya menabur garamnya membuatkan orang ramai keliru, apa maksud sebenarnya. Tetapi itulah yang menarik perhatian orang ramai. Malah ada juga yang menganggap gaya yang digunakan oleh beliau kelakar. Jadi tidak hairanlah jika dahulu restoran miliknya dikunjungi oleh artis Hollywood seperti Leonardo DiCaprio, Rihanna, Bruno Mars dan ramai lagi artis-artis lain.