Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Hard Rock Cafe Di Jepun Terpaksa Ditutup Selepas 29 Tahun Beroperasi Disebabkan…

Hard Rock Cafe Di Jepun Terpaksa Ditutup Selepas 29 Tahun Beroperasi Disebabkan…

Kategori:

Sejak kejadian pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada ketika ini memberi kesan yang serius kepada ekonomi. Bukan sahaja ekonomi Malaysia bahkan boleh dikatakan seluruh dunia. Ramai pengusaha restoran ternama atau restoran kecilan yang terlibat dalam perniagaan makanan dilihat terpaksa gulung tukar.

Saat ini itulah yang berlaku kepada salah satu cawangan Hard Rock Cafe Jepun yang difahamkan terpaksa menutup cawangan mereka yang terletak di Osaka, Jepun. Cawangan tersebut ditutup kerana pihak terbabit tidak dapat menanggung kos operasi serta telah mengalami kekurangan pelanggan ekoran pandemik COVID-19.

Menurut lmaga, cawangan tersebut difahamkan telah beroperasi buat kali terakhr pada akhir bulan Januari yang lepas setelah hampir 29 tahun beroperasi.

“Hari ini bertarikh 1 Februari di Osaka, Jepun. Pada 31 Januari 2021 semalam, Hard Rock Cafe Osaka telah beroperasi buat kali terakhir. Berikut merupakan video menunjukkan lampu telah dimalapkan buat kali terakhir di Hard Rock Cafe Osaka,” kongsi HRC Worldwide Community di laman Facebook.

Walaupun begitu, beberapa cawangan Hard Rock Cafe yang lain masih lagi beroperasi seperti biasa termasuklah cawangan yang terletak di Universal CityWalk Osaka.

tags: |