Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Rider Terpaksa Berpanas Bawah Terik Matahari, Pelanggan ‘Ghaib’ Cancel Order Beratus Ringgit!

Rider Terpaksa Berpanas Bawah Terik Matahari, Pelanggan ‘Ghaib’ Cancel Order Beratus Ringgit!

Kategori:
pelanggan ngaib

Dikala wabak Covid-19 yang melanda dunia dan Malaysia tidak terkecuali, ramai yang hilang pekerjaan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan beberapa sektor terjejas.

Oleh sebab itu, ramai yang memilih untuk bekerja sebagai penghantar makanan untuk mencari rezeki bagi menampung keluarga. Namun ada juga sesetengah rider tidak bernasib baik. Ada yang mengalami kemalangan, yang terpaksa meredah hujan dan panas.

Rider tiba-tiba hilang tak dapat dihubungi

Seperti nasib yang melanda seorang rider ini. Anas Mansor berkongsikan kekecewaannya apabila pesanan makanan yang dibuat oleh pelanggan tidak dapat dihantar dek kerana pelanggan tersebut ‘ghaib’ tidak dapat dihubungi.

Pesanan makanan ratusan ringgit burn begitu sahaja!

Pesanan yang dibuat bukan belasan ringgit, namun berharga ratusan ringgit terbatal begitu sahaja oleh kerana pelanggan yang tidak bertanggungjawab! Disebabkan perkara itu, dia tidak pendapat bayaran yang penuh.

Kredit: @anasmansor99

tags: