Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Rider Foodpanda Dayung Sampan Hantar Makanan, Netizen ‘Terkejut’ Bila Tahu Lokasi Pelanggan

Rider Foodpanda Dayung Sampan Hantar Makanan, Netizen ‘Terkejut’ Bila Tahu Lokasi Pelanggan

Kategori:

Seorang penghantar makanan syarikat Foodpanda di Thailand dirakam sedang menghantar makanan kepada pelanggan dengan mendayung sampan.

Terpaksa Mendayung Sampan, Siap Bertopi Keledar!

Menurut sumber portal berita Thaiger News, rider tersebut lengkap berpakaian seragam foodpanda dan bertopi keledar itu terpaksa mendayung sampan kerana pelanggannya sedang memancing di Sungai Bang Pakong dalam wilayah Chachoengsao, tengah Thailand.

Gambar penghantar makanan tersebut telah dimuat naik di laman Facebook bersama kapsyen: “Foodpanda telah melancarkan perkhidmatan melalui air.”

Rupa-rupanya penghantar makanan itu tidak tahu dia perlu menggunakan sampan kerana hanya terus bersetuju menerima pesanan tersebut.

Pelanggan Hanya Beritahu Berada Di Sungai

Hal ini kerana, lokasi yang diberi pelanggan hanya mengatakan dia berada di sungai itu tanpa memberitahu yang dia sedang memancing.

Apabila tiba di lokasi yang diberi, penghantar makanan tersebut menghubungi pelanggan yang juga merupakan kenalannya sebelum diberitahu dia sedang memancing.

Terpaksa Pinjam Sampan

Penghantar makanan itu terpaksa meminjam sebuah sampan bermotor yang berlabuh di jeti sungai untuk ke lokasi pelanggan.

Media Thailand melaporkan, penghantar makanan itu tidak menerima bayaran tambahan untuk penghantaran ‘khas’ yang dibuat.

Sumber: Kosmo Online

Baca juga: Video Cemas Polis Kejar Penjenayah, Tapi Rider Foodpanda Ini Pula Jadi ‘Tumpuan’!

tags: