Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Viral Pelanggan Cancel Order Beratus Ringgit, Apa Yang Abang Foodpanda Ini Buat Dipuji Ramai

Viral Pelanggan Cancel Order Beratus Ringgit, Apa Yang Abang Foodpanda Ini Buat Dipuji Ramai

Kategori:
abang Foodpanda bermurah hati

Sejak beberapa hari yang lalu tular mengenai seorang pelanggan yang membatalkan pesanan makanan yang berharga ratusan ringgit di laman TikTok. Pesanan itu diterima oleh seorang rider Foodpanda yang dikenali dengan nama Anas Mansor.

Ekoran itu dia berasa sangat terkilan kerana pelanggan terbabit memberikan alamat yang salah semasa urusan pembelian sekaligus menyebabkan dia terpaksa berpanasan di bawah terik matahari. Lebih mengecewakan lagi apabila pelanggan berkenaan juga tidak menjawab panggilannya walaupun berulang kali cuba dihubungi.

@anasmansor99

Reply to @nursyazwaniey.__ part 2 done, tengok sampai habis kalau nak tau mana p makanan tu🥰 #foodpandamalaysia #foryoupage #fyp

♬ original sound – Abang Panda

@anasmansor99

Reply to @nursyazwaniey.__ part 2 done, tengok sampai habis kalau nak tau mana p makanan tu🥰 #foodpandamalaysia #foryoupage #fyp

♬ original sound – Abang Panda – Cikgu Panda

Bingung dengan situasi yang sedemikian rupa, rider Foodpanda ini akhirnya membuat keputusan untuk menyedekahkan makanan tersebut pada orang di kawasan sekitar. Lalu beliau meneruskan perjalanan dan mencari kelibat orang lalu memberikan satu per satu makanan itu kepada mereka. Pelajar sekolah juga tidak terkecuali mendapat makanan tersebut.

Tindakan abang Foodpanda ini dipuji ramai kerana tidak lokek berkongsi rezeki. Malah netizen juga turut berasa seronok melihat kebaikan yang dipamerkan oleh Amir Mansor. Walaupun pada awalnya pemuda ini telah dianiaya tetapi sikap tersebut perlu dicontohi.

Allah dah aturkan dah rezeki awak….

Steady bro…

Mantap bro…

Sumber: Anas Mansor

tags: |