Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Wanita Ini Ubah Suai Kabinet Lama Untuk Jual Kopi Hipster Depan Rumah, “Mak Dah Tak Jual Cendol…”

Wanita Ini Ubah Suai Kabinet Lama Untuk Jual Kopi Hipster Depan Rumah, “Mak Dah Tak Jual Cendol…”

Kategori:
wanita ubah suai kabinet jual kopi hipster

Semenjak dunia kita dilanda COVID-19 dan ekonomi negara semakin merosot, ramai yang berusaha menjana pendapatan dengan cara yang lebih kreatif. Termasuklah menjalankan bisnes secara kecil-kecilan dari rumah. Begitu juga dengan Nur’Atiqah Bahirah ini. Dia membuka sebuah kedai kopi seperti kafe hipster hanya di depan rumah.

Wanita yang berusia 36 tahun ini memberitahu, idea untuk menjalankan bisnes tersebut adalah inspirasi daripada perniagaan ibunya yang sebelum ini mengusahakan gerai minuman selama lima tahun sehingga 2016. Menurut Atiqah, gerai kopinya mula beroperasi sejak pertengahan Januari lalu ketika PKP 2.0 mula dilaksanakan diseluruh negara.

Ubah suai dan cat semula kabinet lama

Tanpa perlu berbelanja besar, kabinet kayu lama di rumahnya telah diubah suai dan dicat semula sebelum dijadikan sebagai kaunter. Dulu kabinet kayu tersebut menjadi tempat simpan barang-barang lama, diletakkan diluar rumah. Daripada terbiar begitu sahaja jadi Atiqah mengubah suai kabinet tersebut untuk dijadikan kaunter pesanan.

Menurut anak sulung daripada empat adik beradik ini, dia menghadapi cabaran kerana ketika PKP ini kebanyakan pelajar masih menjalani kelas secara dalam talian dari rumah jadi tak ramai pelanggan yang datang.

Hanya 11 cawan yang terjual pada hari pertama

Tetapi dia tetap bersyukur 11 cawan yang terjual masa hari pertama gerai beroperasi. Namun bila mana ada kenalannya yang berkongsi gerai miliknya itu di laman Twitter dan ianya viral. Pelanggan semakin bertambah dan sebanyak 40 cawan yang terjual pada hari ketiga.

Menurutnya juga, kedai biasa yang diusahakannya itu mempunyai kelebihan kerana menjual kopi pada harga biasa-biasa. Bukan semua orang mampu nak rasa minum kopi di kafe-kafe hipster yang popular sebab harganya bukan murah. Jadi bekas pegawai eksekutif teknologi maklumat ini mengambil pendekatan untuk tawarkan harga mampu beli, antara RM4 hingga RM7.

Walaupun tak ada ilmu dan tak pernah berkerja sebagai barista, tetapi dia belajar untuk jadi seperti mereka yang berpengalaman. Dia akui yang dia banyak belajar dari laman YouTube dan Atiqah juga mempunyai impian untuk mengusahakan kafe sendiri pada masa akan datang.

tags: |