Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » KFC Lancar ‘Zero Chicken Burger’ Baharu! Sedap Macam Ayam, Tapi Bukan Ayam

KFC Lancar ‘Zero Chicken Burger’ Baharu! Sedap Macam Ayam, Tapi Bukan Ayam

Kategori:
Zero Chicken Burger

KFC Malaysia tidak pernah mengecewakan dengan setiap menu yang dikeluarkan. Bermula esok, KFC akan melancarkan KFC Zero Chicken Burger iaitu burger berasaskan tumbuhan dan tanpa daging tapi padat dengan segala kesedapan 11 herba dan rempah rahsia Colonel Sanders.

Beberapa tahun kebelakangan ini, protein tanpa daging telah mendapat perhatian ramai pengguna yang lebih terbuka dengan sumber protein alternatif.

Disinilah bermulanya ciptaan konsep ‘tanpa ayam’, burger yang rasa seperti ayam tetapi tidak menggunakan ayam sama sekali, namun sememangnya rasa lazat pasti dapat memuaskan hati anda!

Walaupun menu burger baharu ini tanpa ayam, namun ianya bukanlah produk vegan atau vegetarian kerana ianya disedia menggunakan peralatan memasak yang sama dengan produk KFC yang lain.

Mesti Ramai Tertanya-Tanya Macam Mana Rasanya Kan?

Kalau anda tertanya-tanya macam mana rasa burger baharu ni, jom serbu KFC berdekatan anda ESOK untuk cuba Zero Chicken Burger baharu ini. Cuba sendiri baru tahu tahap kesedapannya!

Boleh dapatkan bermula esok (9 Februari 2021) untuk waktu terhad dan sementara stok masih ada. Nikmati burger baharu ini secara A la carte atau dengan Kombo Crispier Fries dan minuman, harga bermula RM12.99 sahaja!

Apa pendapat anda tentang menu baharu dari KFC ini? Jom sama-sama kita nantikan kemunculannya pada ESOK (9 Februari 2021).

tags: |