Biasa pernah dengar orang buat kek batik milo je kan? Kali ini jom cuba resepi kek batik pandan horlick yang lain dari lain ini pula, nampak macam sedap. Jom cuba!
Resepi Kek Batik Pandan Horlick
Bahan-bahan:
1/2 cawan mentega/marjerin
3 sb susu pekat
1 cawan susu cair/segar
1 cawan nestum (sebelum kisar, selepas kisar jadi 1/2 cawan je)
3/4 cawan horlick
1/2 sk pewarna hijau (optional)
1 sb emolco pandan coconut
1 bungkus biskut marie (50-60 keping)
Cara-cara:
Patahkan biskut marie dan ketepikan,
Dalam kuali, cairkan mentega/majerin menggunakan api perlahan.
Kemudian masukkan susu cair.
Masukkan pula susu pekat dan emulco. Kacau sebati.
Masukkan nestum kisar, horlick dan kacau sekata supaya tidak berketul.
Masukkan pewarna hijau.
Masukkan biskut marie dan gaul sekata.
Alas loyang 7×7 dengan plastik nipis. Letakkan adunan dan mampatkan,
Sejukkan dalam peti ais selama 2 jam. Selepas itu boleh keluarkan dari loyang dan potong.