Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Hanya Muncul Waktu PKP Sahaja, Ini Dia Resepi Semperit Susu A Plus-Plus. Sedap Macam Ni Susah Nak Dapat!

Hanya Muncul Waktu PKP Sahaja, Ini Dia Resepi Semperit Susu A Plus-Plus. Sedap Macam Ni Susah Nak Dapat!

Kategori:
resepi mudah semperit susu

Semperit Susu merupakan antara biskut yang paling popular ketika hari raya. Tetapi kini berbeza sejak wabak Covid-19 melanda dunia, Semperit Susu ini juga turut popular ketika musim PKP. Nak membuat biskut Semperit Susu ini tidaklah susah. Cubalah dulu buat. Pasti menjadi!

Hanya Muncul Waktu PKP Sahaja, Ini Dia Resepi Semperit Susu A Plus-Plus. Sedap Macam Ni Susah Nak Dapat!

BAHAN-BAHAN:

  • Semperit Susu
  • 250 gm butter
  • 1/2 cawan gula ising
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 tutup esen vanilla
  • 400 gm ++ tepung jagung

CARA PENYEDIAAN:

  1. Butter dan gula digaul sebati, masukkan susu dan esen vanilla, gaul lagi.
  2. Masukkan tepung jagung dan uli hingga jadi doh yg lembut dan bukannya lembik
  3. Terap dan rehatkan selama 10-15 min
  4. Bakar suhu 170, 35-40 min
  5. Siap untuk dihidangkan.

** sy pkai acuan semperit bunga pecah 10, teknik menekan juga main peranan utk hasilkan kelopak yg cantik

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Hainany Iday

Baca juga: Resepi Biskut Semperit Red Velvet Yang Menggoda Dan Jadi Kegemaran Ramai

tags: |