Jika sebelum ini mercu warna logo KFC adalah berwarna merah putih. Namun semalam KFC mengejutkan warganet apabila menukar gambar profil laman facebook rasminya kepada bewarna hijau. Penukaran warna tersebut mungkin kerana mereka mengeluarkan burger terbaru mereka hari ini.
Burger yang baru sahaja mereka keluarkan bermula hari ini adalah KFC Zero Chicken Burger. Burger yang berasaskan tumbuhan dan tanpa daging tapi padat dengan segala kesedapan 11 herba dan rempah rahsia Colonel Sanders.
Ekoran logo bertukar warna itu ramai warganet terkejut dan sempat meninggalkan komen yang kelakar. Betapa kreatifnya warganet ini kerana ada sesetengah daripada mereka mengedit gambar logo KFC yang lebih menarik dan lucu dengan warna yang sama.
Sumber: KFC