Banyak petua dan juga tips yang menyarankan ibu-ibu berpantang untuk mengamalkan makan ikan haruan. Ia juga dipercayai dapat membantu menyembuhkan luka dalaman dan juga luaran terutamanya yang bersalin melalui pembedahan.
Menerusi satu perkongsian di laman sosial Facebook, Nur Syafiqah Hanif baru sahaja 15 hari melahirkan anak keduanya melalui pembedahan caesarean. Dia mengadu tidak merasa selesa di bahagian kanan perutnya.
Selepas menerima rawatan, dia dikejarkan ke pusat perubatan lain kerana disyaki mempunyai apendiks. Sakit bersalin masih terasa, namun dia perlu menjalani pembedahan sekali lagi.
Selepas 3 jam pembedahan, Syafiqah diberitahu oleh suaminya bahawa bukan apendiks sahaja perlu dibuang, malah sebahagian ovari dan juga tiub falopian juga terpaksa dibuang.
Hal itu kerana bahagian berkenaan telah bernanah dan mungkin boleh menjangkiti organ dalaman lain. Wanita tersebut turut mengakui mungkin silapnya kerana sebelum ini ada makan ikan haruan terlalu awal sebelum tamat tempoh berpantang.
Doktor juga memberitahu, jika ovari dan tiub falopian tidak dibuang akan akan menyebabkan nanah merebak ke paru-paru dan memberi kesan yang merbahaya.
Menurutnya juga, dia masih boleh mengandung kerana ovari sebelah kiri masih ada. Namun, dia akan mempertimbangkan kerana serik untuk mengandung selepas kejadian ini berlaku.
Dia juga turut meninggalkan pesan kepada mereka yang baru lepas bersalin supaya tidak makan ikan haruan dan berpantang dengan betul. Mungkin luka luaran nampak cantik, tapi dalaman kita tak tahu. Jom baca perkongsian lengkap oleh Syafiqah di bawah.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2746322345620106&id=100007271011744&__cft__[0]=AZUJmbx4Y776Kgi0Os4NiCLwIAm40_fQgvcNgPVPcCYOIKUjhEvu9WL-J9vgn7FX0XoKoQXyqOE5GUWJsALdHoBmQhu6K2Ta5RXlKKzy20nzYg50AMndSa_WE7kLRE5FKqQ&__tn__=%2CO%2CP-R
Sumber: NurSyafiqah Hanif