Ramai yang anggap penggunaan air fryer lebih menyihatkan kerana tidak perlu menggunakan minyak tapi tetap membuatkan makanan menjadi sedap. Selain itu, penggunaan air fryer juga sangat memudahkan kehidupan seharian.
Rupa-rupanya penggunaan air fryer sebenarnya tidak menyihatkan kalau ianya membuatkan anda makan lebih banyak makanan yang diproses atau daging yang diproses seperti nugget, sosej, daging burger, meatball dan lain-lain.
Banyak kajian saintifik yang dah buktikan bahawa pengambilan daging terproses secara kerap akan meningkatkan risiko:
Tidak dinafikan air fryer sememangnya lebih menyihatkan kerana kurang kalori dan kurang berminyak, tetapi ia bukanlah lesen untuk makan makanan yang diproses secara berlebihan dan kerap.
Masaklah makanan dan daging yang sebenar didalam air fryer anda. Kurangkan makanan dan daging terproses.
Rasanya semua dah tau yang makanan bergoreng sangat tinggi kalori disebabkan minyaknya. Tapi kita sekarang dah ada Air Fryer. Antara kelebihan pakai air fryer ni ialah:
Bagi yang berkemampuan tapi masih belum ada air fryer tu, beli lah satu. Bukan sahaja lebih sihat, malah memudahkan.
Sumber: Syaza Nutritionist