Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Terbaik Masak Ikan Siakap, Isteri Meratah Habis Siap Puji Melambung Lagi!

Cara Terbaik Masak Ikan Siakap, Isteri Meratah Habis Siap Puji Melambung Lagi!

Kategori:
resepi ikan siakap 3 rasa

Jarang sekali kan kalau dapat masakan dari sang suami. Kebanyakan dari masyarakat Malaysia sang isteri yang selalu memasak. Ada je suami yang masak, tapi tak ramai. Jadi apa kata kali ini para suami luahkan rasa sayang dengan memasak hidangan ikan siakap ni. Sangat mudah dan senang untuk para suami ikut. Resepi ini dikongsikan oleh Wan LuQman di laman facebook.

Cara Terbaik Masak Ikan Siakap , Isteri Meratah Habis Siap Puji Melambung Lagi!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan siakap
  • Bawang putih | dicincang
  • 2 sb lada lumat
  • 2 sb bawang lumat
  • 2 sb sos tiram
  • 2 sb sos cili
  • Palm sugar
  • 3sb air perahan limau nipis
  • 1 sb nampla
  • Daun sup

Bahan hiris dadu:

  • Selery
  • Bawang holland
  • Cili padi
  • Nenas

CARA PENYEDIAAN:

  1. Mula-mula cuci bersih ikan siakap. Lumurkan garam kemudian lumur dengan tepung jagung. Tebal-tebal lumur dia ye.
  2. Panaskan kuali sampai berasap, kemudian masukkan sedikit minyak ratakan ke seluruh permukaan kuali. Tuang balik minyak tu…panaskan kuali balik dan masukkan minyak banyak terus. Renjis-renjiskan dulu bagi terbuang kebih tepung tu dan baru goreng ikan sehingga masak. 
  3. Dah siap goreng. Tengok, takde kesan hitam hangit / hangus ya ikan ni dan takde pecah-pecah pun. 
  4. Okay, untuk bahan sos kita start dulu dengan tumis bawang putih cincang. Takde sukatan berapa ulas. Freeplay
  5. Kemudian masukkan lada lumat atau lada kisar atau cili kering.
  6. Masukkan bawang lumat. Kalau nak kuah lebih, boleh lebihkan sikit lagi bawang ni. Kemudian tumis sehingga sedikit garing.
  7. Masukkan pula sos tiram dan sos cili.
  8. Selepas itu masukkan air perahan limau nipis atau boleh beli yang dah siap dalam botol.
  9. Masukkan palm sugar atau gula biasa kalau takde palm sugar. Level kemanisan ikut kehendak sendiri. Kalau pedas melampau, lebihkan gula ya.
  10. Masukkan pula nampla.
  11. Bile bahan sos dah betul-betul garing, masukkan sedikit je air kemudian masukkan bahan-bahan ini yang dihiris dadu.
  12. Ni sedikit kelainan. Kander suka aroma daun sup. Masukkan hirisan daun sup.
  13. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Wan LuQman

Baca juga: 30 Resepi Masak Ikan Siakap Paling Lazat, Memang Menyelerakan

tags: |