Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Colek Buah Thai, Cicah Dengan Mangga & Jambu Memang Nikmat Tak Terkata!

Resipi Colek Buah Thai, Cicah Dengan Mangga & Jambu Memang Nikmat Tak Terkata!

Kategori:
Colek Buah Thai

Pasti ramai yang belum pernah cuba Nam Pla Wan atau colek buah thai ini. Sedap yang amat! Cicah pula dengan mangga, jambu air atau buahan yang sesuai. Memang bikin kecur air liur! Nak tahu cara membuatnya? Jom ikuti perkongsian oleh Wan Ash di bawah.

Resipi Colek Buah Thai, Cicah Dengan Mangga & Jambu Memang Nikmat Tak Terkata!

Bahan-bahan:

  • 5 ulas bawang merah kecil (hiris)
  • 8 biji cili padi (potong)
  • 1 cawan palm sugar
  • 7 sb sos ikan
  • Udang kering (sangai dan tumbuk kasar_
  • 50 ml air
  • 1 sb petis – shrimp paste (kalau tiada, gantikan dengan belacan)
  • 1 sb serbuk cili thai (kalau tiada, sangai cili kering dan tumbuk/kisar kasar)

Ni bahan² kita tadi. Sepatutnya guna udang kering thai warna pink. Tapi saya takde stok. Jadi guna udang kering biasa je.

Yang warna kuning tu la palm sugar. Susah sikit nak jumpa. Kalau kat kelate mudah nak cari. Ni dah lama saya beli masa balik kelate hari tu.

Cara-cara:

  1. Mula-mula panaskan air sehingga mendidih. Kemudian masukkan palm sugar.
  2. Bila palm sugar dah larut, masukkan shrimp paste. Kacau sebati.
  3. Kemudian masukkan sos ikan. Masa ni bau dia menyucuk lubang hidung kita.
  4. Kemudian masukkan serbuk cili thai dan cili padi. Kacau seketika.
  5. Masukkan bawang dan udang kering tadi. Kacau sehingga colek memekat.
  6. Bila dah pekat tutup api dan biarkan sejuk. Dan ini la hasilnya.
  7. Hidangkan bersama buah-buah yang disukai. Kat rumah saya ada mangga lemak dan jambu air je. Nak makan dengan apa2 buah pun boleh.

Kredit: Wan Ash

tags: