Sejak kebelakangan ini kisah FoodPanda memang menjadi perhatian. Selain dari menyelamatkan masyarkat daripada rasa lapar, mereka juga membantu dalam menangkap penjenayah. Malah ada juga rider FoodPanda yang menghebohkan Malaysia beberapa hari yang lepas kerana bermurah hati menyedekahkan pesanan yang dibatalkan oleh pelanggan yang berjumlah ratusan ringgit.
Terbaharu berkenaan dengan seorang rider Foodpanda yang bernama Uzair ada berkongsi detik sedih bersempena hari terakhirnya sebagai rider. Ekoran itu, dia memuat naik beberapa foto dengan membawa seekor beruang panda bersamanya.
Foto tersebut telah tular dan menarik perhatian warganet. Mereka kehairanan bagaimana pemuda ini boleh memikul seekor panda liar di atas bahu dan atas motornya sewaktu sedang bertugas.
Rupa-rupanya ia adalah edit semata-mata. Nampak real kan? Panda yang dibawa olehnya itu bukanlah panda sebenar tetapi hanya gambar yang disunting melalui teknik ‘super impose’.
Menurut perkongsian pemuda yang berumur 22 tahun ini, dia bergambar dengan sedemikian rupa adalah kerana mahu mengakhiri perjalanan kerjayanya sebagai penghantar makanan memandangkan dia akan menyambung semula pengajiannya dalam bidang Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar, Mesir.
https://www.instagram.com/p/CLCghHBj–l/?utm_source=ig_web_copy_link
Difahamkan, anak kelahiran Serdang, Kedah ini bakal terbang semula ke Mesir pada 16 Feb ini selepas pengajiannya tertangguh akibat COVID-19. Sebagai tanda terima kasih buat FoodPanda yang mana telah memberi peluang kepada Uzair untuk mencari rezeki, jadi dia meletakkan imej panda bersamanya dalam gambar tersebut.
Dalam masa sama, dia juga turut menitipkan kata-kata semangat dan ucapan terakhir buat rakan-rakannya di Instagram. Semoga urusan dan perjalanan Uzair kembali ke Mesir dipermudahkan.
Sumber : Uzair