Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Memang Penat Dan…”, Ustaz Don Kongsi Pengalaman Pertama Jadi Food Rider Siap Titip Pesanan Kepada Abang Rider & Pembeli

“Memang Penat Dan…”, Ustaz Don Kongsi Pengalaman Pertama Jadi Food Rider Siap Titip Pesanan Kepada Abang Rider & Pembeli

Kategori:

Food Rider merupakan satu nama atau panggilan yang tidak asing lagi. Sebut sahaja Food Rider pasti terbayang individu yang menggalas beg makanan di bahu. Di Malaysia terdapat banyak syarikat penghantar makanan seperti Foodpanda, GrabFood dan banyak lagi food rider persendirian atau syarikat yang lain.

Berkenaan dengan penghantar makanan ini, baru-baru ini Ustaz Don ada berkongsi pengalaman pertamanya menjadi penghantar makanan. Beliau akui bahawa menjadi penghantar makanan ini penat dan satu pengalaman yang menyeronokkan. Menurut beliau, dia belajar banyak benda dari menjadi penghantar makanan ini.

Selain itu, Ustaz Don yang mana menjadi penghantar makanan dari restoran miliknya itu juga sempat berkongsi beberapa tips kepada abang-abang rider diluar sana dan kepada pembeli juga.

Kepada Abang-Abang Rider

1) Selalu baca doa naik kenderaan, doa jauh musibah, moga2 kita selamat dari sebarang kecelakaan sepanjang bertugas.
2) Berhati2 di jalan raya, hormati pengguna jalanraya lain sama & hormati undang2 jalan raya.
3) Keja ni mmg susah, banyakkan sabaq dengan kerenah pelanggan
4) Solat jangan tinggai
5) Selalu doa, minta pada Allah, agar diberi kesabaran tinggi, doa dapat costumer baik2.

Kepada Yang Membeli

1) Saling hormat menghormati, ucap terima kasih pada depa abang2 rider
2) Order makanan sebelum lapaq, supaya kalau rider lambat, kita masih ok. Order last minute, pastu bila makanan sampai lambat, marah, tak boleh lagu tu.
3) Ada rezeki lebih, bagi depa tip. Sian depa berhujan panas demi kita.
4) Bersangka baik dan selalu doakan depa agar selamat sampai hantaq makanan kat kita

https://www.instagram.com/p/CK-Z1YcBv3s/?utm_source=ig_web_copy_link

Sumber: ddaniyaldbiyajid

tags: |