Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Buat Pepes Ayam Terpaling Sedap, Tak Terluah Dengan Kata-Kata. Mudah Sangat, Anak-Anak Pasti Suka!

Jom Buat Pepes Ayam Terpaling Sedap, Tak Terluah Dengan Kata-Kata. Mudah Sangat, Anak-Anak Pasti Suka!

Kategori:
resepi mudah pepes ayam

Pepes atau Pepes Ayam ini merupakan hidangan yang berasal dari Jawa Barat. Ia dibungkus dalam daun pisang dan kemudian dibakar. Lebih kurang otot-otot tetapi otot kebiasaannya dibuat hanya isi ikan dan kelapa parut. Lain pula dengan pepes kerana pepes ini boleh dibuat menggunakan isi ayam atau isi ikan. Jadi kalau korang teringin mungkin boleh rujuk resepi dekat bawah ini. Sedap dan pastinya amat mudah!

Jom Buat Pepes Ayam Terpaling Sedap, Tak Terluah Dengan Kata-Kata. Mudah Sangat, Anak-Anak Pasti Suka!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 sudu teh ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 5 tangkai cili kering
  • Sedikit halia
  • 1 Inci kunyit hidup
  • Sedikit daun kunyit hiris halus
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 1 kotak santan
  • 1 ketul kiub ayam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis.

 

CARA PENYEDIAAN:

  1. Semua bahan di atas diblender halus kecuali minyak untuk menumis.
  2. Tumis bahan yang diblender sampai naik bau.Masukkan santan.Gaul rata.Masukkan garam dan gula secukup rasa.Masak sampai bahan menjadi pekat.
  3. Sediakan 3 ketul dada ayam. Potong kecik. Pecahkan 2 biji telur.
  4. Kisarkan telur dan isi dada ayam tadi. Tak perlu tambah air.
  5. Sejukkan dahulu bahan yang ditumis tadi.
  6. Campurkan bahan yang ditumis bersama ayam. Gaul sebati.
  7. Sediakan daun Pisang. Potong lebih kurang 3×4 Inci. Letak satu sudu makan adunan ayam dan lipat bahagian hujung.
  8. Steplerkan bahagian hujung supaya tak terbuka.
  9. Hasil yang telah dibungkus.
  10. Kukus dalam pengukus lebih kurang 10-15 minit.Dah siap boleh diangkat dan terus di bakar atau difozenkan.
  11. Pepes yang dah siap boleh dibakar di dalam pan atau oven. Bila warna dah coklat keperangan bolehlah di angkat.
  12. Siap untuk dihidang.

Nota: Kalau tak ada daun Pisang boleh je masukkan dalam loyang yang disapu dengan minyak.kukus dalam loyang sampai masak.Dah siap baru di potong dan dibakar

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Rosmirah Yussof

tags: