Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Lelaki Tuduh Rider Curi Air Starbucks Kini Digantung Kerja, Majikan Turut Memohon Maaf

Lelaki Tuduh Rider Curi Air Starbucks Kini Digantung Kerja, Majikan Turut Memohon Maaf

Kategori:
lelaki tuduh curi air digantung kerja

Semalam heboh di media sosial berkenaan dengan seorang lelaki yang menuduh seorang rider Grabfood mencuri air Starbucks yang dipesannya. Tweet lelaki tersebut mendapat kecaman dari orang ramai yang mana menuduh melulu tanpa membuat pemeriksaan terlebih dahulu.

Terbaharu, lelaki yang bernama Ezrin Nazan ini dilaporkan sudah digantung kerja secara serta merta oleh pihak majikannya iaitu Bateriku.com. Sementara itu, siasatan yang menyeluruh akan dilakukan.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dimuat naik di Twitter oleh pihak Bateriku.com, mereka berkata bahawa pihak syarikat mengambil maklum mengenai kejadian ini dan memohon maaf di atas tingkah laku beliau.

Menerusi kenyataan itu, pihak syarikat tersebut menyatakan mereka tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perilaku tidak sopan sama ada di dalam atau di luar organisasi Bateriku.

Kenyataan tersebut telah mendapat perhatian dan perkongsian yang ramai oleh warganet. Malah mereka juga bersetuju dengan langkah yang dibuat oleh Bateriku.com ini.

tags: |