Mini burger nugget ayam tempura ni memang comel. Kecil molep je. Kalau yang dah biasa buat roti tu mungkin boleh cuba resepi dekat bawah ini. Sangat-sangat sesuai untuk dihidangkan atau dijadikan bento buat anak-anak. Sedap pulak tu. Bukan anak-anak je suka nanti mak ayahnya sekali turut jatuh cinta!
Cara Buat Mini Burger Nugget Ayam Tempura, Kecil Molek Sesuai Dijadika Bento Anak-Anak!
BAHAN-BAHAN:
- 500g tepung roti
- 60g gula
- 15g susu tepung
- 1sk garam
- 5g bread improver
- 70g marjerin
- 210ml air sejuk
- 1 biji telur
- 11g yis
CARA PENYEDIAAN:
- Masukkan semua bahan dalam breadmakers russel taylors.
- Tunggu dia uli, bila siap keluarkan dan bentukkan ikut roti apa yang kita nak. Macam roti burger ni saya guna ring. Doh 25g je.
- Tunggu kembang 2 kali ganda boleh bakar, saya guna oven thebaker 100l suhu 180 selama 20 minit.
- Bila dah siap bakar, boleh lah letak nugget, soso cili, mayonis dan sos cheese serta sayur.
- Siap untuk anak-anak makan.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Mastura Razali Via MAHN
Baca juga: Syarikat Ramly Burger Jualannya Mencapai Berbillion Ringgit, Siapa Pemiliknya?