Putus cinta memang sakit. Terlampau perit. Ia merupakan kejadian yang paling tidak diinginkan oleh sesiapa pun. Memang sedih sangat, akan tetapi perasaan sedih itu tidak boleh dilayan terlalu lama kerana bimbang boleh memudaratkan kesihatan dan mendorong kepada perkara yang lebih teruk.
Mungkin itulah yang dibimbangkan oleh gadis ini apabila rakannya dalam keadaan terurus dan sudah hampir 3 hari tidak menjamah apa apa makanan akibat frust putus cinta. Hal tersebut dikongsikan oleh Mutia Adelia Putri di aplikasi TikTok.
Menerusi video tersebur, kelihatan gadis berbaju kelabu berkenaan asyik mengelap air matanya dengan sehelai tisu bagaikan tidak mampu untuk berhenti menangis. Apabila melihat telefon bimbit, dia bingkas bangun dan pergi ke bilik air. Tidak lama kemudian, gadis tersebut kembali semula dan sambung menangis di sisi Mutia.
@cutehhhh🥺😭 ##fyp ##sad
https://www.tiktok.com/@cutehhhh/video/6833400117551205634?referer_url=https%3A%2F%2Fpnews.space%2F&referer_video_id=6833400117551205634&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6895950004839122434
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memberikan semangat dan seakan-akan memahami perasaan sedih yang dirasakan oleh gadis berkenaan kerana mereka juga pernah melalui situasi seperti itu. Dalam masa yang sama, ada juga netizen yang memuji tindakan Mutia kerana berada di sisi rakannya dalam situasi pilu itu.
Baca juga: “Dah Makan?”, Sering Tanya Orang Dan Bagi Makanan, Sikap Pemurah Gadis Ini Dipuji Ramai