Sememangnya setiap orang yang bercinta pastikan inginkan yang terbaik buat hubungan mereka. Namun soal jodoh, ajal dan maut terletak di tangan Allah. Kita hanya mampu merancang tuhan yang menentukan segalanya. Tak siapa sangka, kegigihan seorang rider foodpanda yang ingin mengumpul duit kahwin berakhir dengan tragedi yang menyayat hati.
Menerusi portal Utusan Malaysia, Muhammad Azman Abdul Aziz telah terbabit dalam kemalangan, dimana motosikalnya dihentam oleh sebuah kereta yang dipandu oleh warga emas. Dalam kejadian yang berlaku di Taman AST, Seremban itu, Allayarham Muhammad Azman mengalami kecederaan teruk dibahagian kepada dan telah menghembuskan nafas terakhir di lokasi kejadian.
Apa yang menyedihkan adalah Allahyarham dan tunangnya Nurul Aishah Zainal Abidin sudah pun melakukan pelbagai persiapan serta merancang untuk menamatkan zaman bujang sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti.
Kira-kira 1 jam sebelum kejadian, Allahyarham sempat menghantar kiriman mesej meluahkan rasa rindu kepada Nurul Aishah. Menerusi Facebook Nurul Aishah, dia betul-betul terkejut ketika mendapa berita mengenai kejadian. Bukan itu sahaja, malah mereka berdua sempat meluangkan masa untuk makan tengahari bersama-sama pada hari kejadian.
Meskipun sedih dengan kejadian yang berlaku itu, tetapi Nurul Aishah tetap bersyukur kerana Allahyarham pernah hadir dan menceriakan hidupnya.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1349467625432495&id=100011078107649&__cft__[0]=AZU9hJpAsGi4w_Zc3DPV5792TRPxhNYaY-5vGlflITLgJaiq33k2h1os6l0gXP8pGcNi80NhSb7Qc-Gia4ilPWLnkZIpzJUDdDwCYYEWGsH1h3-oAP6xYq7NIi1GEFtmi00&__tn__=%2CO%2CP-R