Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Chef Terbaik Bristish Ini Pernah Masak Rendang Dan Akui Ianya Adalah Hidangan Yang Agak Rumit!

Chef Terbaik Bristish Ini Pernah Masak Rendang Dan Akui Ianya Adalah Hidangan Yang Agak Rumit!

Kategori: ,
Gordon Ramsay akui masak rendang susah

Beberapa tahun yang lepas viral berkenaan isu rendang ‘crispy’. Yang ikut tular dengan rendang crispy ini adalah chef terbaik British iaitu Gordon Ramsay.

Pada tahun 2013, Gordon Ramsay ini pernah datang ke Malaysia untuk belajar memasak juadah tradisi melayu atau Malaysia seperti rendang. Beliau pelajari hal tersebut dengan pemilik restoran Aunty Aini’s Garden Cafe di Negeri Sembilan.

Chef yang terkenal dengan kelantangan bersuara dalam memberikan komen ‘pedas’ mengenai masakan lebih-lebih lagi dalam rancangan realiti Hell’s Kitchen berubah menjadi seorang yang patuh dan merendah diri sebaik sahaja beliau belajar memasak rendang.

 Dalam masa yang sama, Gordon Ramsay juga kelihatan mula menyesuaikan diri dengan gaya memasak ala tradisional Malaysia yang mana terbiasa dengan sukatan ‘agak-agak’ berbanding dengan cara beliau yang begitu terperinci.

Malah isu rendang tersebut juga pernah mendapat perhatian dan dikomen oleh chef selebriti yang terkenal di Malaysia, iaitu Chef Wan. Beliau menyuarkan hal tersebut di laman Instagram miliknya dengan memuat naik gambar dan berpendapat dan meminta agar John Torode dan Gregg Wallace meminta maaf dan jangan bersikap ego.

tags: | |