Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Datuk Dr Hamid Arshat Pesan Jaga Pemakanan Dari Kecil Bagi Mengelakkan Kerosakan Rahim Di Usia Muda!

Datuk Dr Hamid Arshat Pesan Jaga Pemakanan Dari Kecil Bagi Mengelakkan Kerosakan Rahim Di Usia Muda!

Kategori: ,
Dr Hamid pesan jaga pemakanan dari kecil

Zaman semakin moden maka semakin banyak juga makanan segera atau junk food yang dijual di pasaran. Fast food atau junk food merupakan antara makanan yang tidak berkhasiat. Tahukah anda amalan pemakanan yang tidak berkhasiat sejak kecil boleh menjadi punca kepada masalah kerosakan rahim di kalangan wanita pada usia yang muda.

Menurut Pakar Sakit Puan yang terkenal di Malaysia, Datuk Dr Hamid Arshat, hari ini semakin ramai wanita yang mengalami atau menderita masalah kerosakan rahim di usia muda. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, wanita hendaklah tahu tentang kewujudan penyakit yang berkaitan dengan rahim ini.

Selain itu, mereka juga perlu mengetahui cara-cara penjagaan kesihatan diri agar terhindar dari menghidapi penyakit tersebut. Jika dahulu, penyakit ketumbuhan dalam rahim, fibroids dan adenomyosis menimpa wanita-wanita yang berumur 40 an tetapi sekarang penyakit tersebut sudah dihidapi oleh wanita yang berumur 20 an.

Adenomyosis

Bagi Adenomyosis, tanda pertama ialah sengugut sering didahului dengan penyakit endometriosis. Apakah itu Adenomyosis ini. Ia merupakan ketumbuhan yang berkeping-keping dan merosakkan hampir kesemua tisu-tisu otot rahim.

Dalam endometriosis, tisu-tisu darah haid (endometrium) tumbuh di luar rahim. Manakala Adenomyosis ialah tisu-tisu yang tumbuh dalam otot rahim. Tanda-tanda Adenomyosis ialah pendarahan yang banyak atau berpanjangan. Hal tersebut akan menyebabkan sukar hamil, mandul dan sering gugur.

Fibroids

Fibroids pula sering tiada tanda, tiada gangguan atau pun gejala. Malah ramai yang hamil dan melahirkan anak tanpa gangguan. Bagi masalah ini, banyak yang dikesan secara kebetulan sewaktu membuat pemeriksaan untuk tujuan lain. Fibriod ini adalah tumbuhan bulat , dikelilingi capsule. Penyakit ini kurang merosakkan tisu otot lain.

Kedua-dua jenis ketumbuhan atau penyakit tersebut ada faktor baka, maksudnya jika emaknya menghidap penyakit tersebut, kemungkinan besar anak-anak perempuannya juga mempunyai risiko. Jadi mohon ambil perhatian dan jaga pemakanan.

Sekiranya anak-anak gadis atau anda sendiri mengalami sengugut, gangguan pendarahan dan kitaran haid yang tidak teratur seeloknya lakukan ultrasound untuk mengesan masalah peranakan agar ianya dapat dicegah lebih awal.

Dan apa yang lebih penting adalah jaga pemakanan. Ajar, pupuk dan sematkan tabiat pemakanan yang baik sejak dari anak-anak kecil lagi. Paksa mereka makan sayur-sayuran dan buah-buahan serta amalkan pemakanan yang berzat dan berkhasiat.

Sumber: Dr Hamid Asrhat

 

tags: | | |