Isu menurunkan berat badan sama ada bersenam atau mengamalkan diet pemakanan bukanlah sesuatu yang baru lagi. Namun setiap tips kesihatan atau pemakanan yang diamalkan haruslah dilakukan secara secara bersederhana dan tahu apa kesan buruknya. Kerana ada kalanya perbuatan yang berlebihan boleh mendatangkan mudarat seperti yang berlaku terhadap seorang artis dari Indonesia ini.
Bekas vokalis yang terkenal menerusi lagu Kenangan Terindah dari kumpulan Samsons, Bams telah membuat pengkauan kini menghidap barah sejak tahun lalu. Apa yang lebih mengejutkan lagi adalah, dia disahkan mempunyai barah kulit dan juga otot sekali gus.
Pada mulanya peminat dan warganet kurang percaya mengenai berita tersebut memandangkan media sosialnya penuh dengan gambar dirinya yang aktif bersukan. Namun menerusi portal Liputan 6, komplikasi tersebut berpunca daripada gaya hidupnya yang terlampau kuat bersenam dalam usaha mendapatkan tubuh badan yang ideal.
Sebelum Bams mengubah gaya hidupnya, berat badannya pernah mencecah lebih 100 Kilogram sekaligus tergolong dalam tahap obesiti. Itulah sebabnya bekas vokalis ini banyak push diri sendiri untuk bersukan serta mengamalkan diet yang salah. Namun begitu, Bams menegaskan bahawa penyakitnya itu tidak berbahaya untuk kesihatannya.
Sumber: Liputan 6