Perkhidmatan penghantar makanan sering menjadi pilihan bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara kerana ianya mudah dan menjimatkan masa.
Tapi apabila cuaca hujan, ramai yang tidak sanggup pesan menggunakan penghantaran kerana kesian kepada si penghantar terpaksa kebasahan meredah hujan.
Tetapi kali ini lain pula ceritanya yang berlaku di Indonesia selepas satu video telah tular di laman sosial, di mana kelihatan seorang penghantar makanan terpaksa meredah banjir untuk menghantar makanan kepada pelanggannya.
Menerusi video itu, kelihatan seorang lelaki yang sedang meredah banjir sambil memegang sebungkus beg palstik dan telefon bimbit di tangan. Kelihatan juga lelaki tersebut sedang memandang telefon sambil meredah banjir seolah-olah sedang mencari lokasi yang dituju.
Menurut sumber, lelaki tersebut dipercayai merupakan seorang penghantar makanan dan dia sedang mencari rumah untuk menghantar pesanan tersebut. Walaupun air banjir pada paras yang tinggi, ia tidak menghalang lelaki itu untuk menghantarnya.
https://twitter.com/Antitesis101/status/1362990522881634305
Perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-rata risau akan keselamatan si penghantar makanan. Pelanggan juga seharusnya mempunyai rasa simpati untuk tidak membuat sebarang pesanan semasa dalam keadaan itu.
Ada juga yang menganggap, penghantar makanan itu terpaksa menerima pesanan kerana mungkin ingin menambah pendapatannya.
Sumber: @Antitesis101