Berita mengenai penghantar makanan sering mendapat perhatian orang ramai. Mana tidaknya, tugas yang digalas oleh mereka amatlah mencabar dalam mengejar order dan menghantar pesanan makanan pada waktunya.
Kebiasaanya setelah menghantar makanan jika bernasib baik, rider akan menerima tips daripada pelanggan sama ada dalam bentuk wang atau makanan. Seperti mana perkongsian dari seorang rider di Group Facebook Rider Malaysia. Di mana Muhammad Faris yang terkejut apabila diberikan tips sebanyak RM1000 oleh seorang pelanggan.
Menerusi screenshot yang dikongsikan olenya itu, pelanggan tersebut menghantar mesej dengan memintanya untuk mengambil sekeping sampul yang diletakkan di bawah mangkuk di atas meja.
Memang Muhammad Faris tidak menjangkakan nilai tersebut. Sangat terkejut apabila membuka sampul berkenaan dan melihat kepingan not RM50 berjumlah RM1000 diletakkan di dalamnya.
Syukur dalam gembira pon ada tadi.. sebab tak terjangka nilai yang diberi sebanyak itu.. sebab selalu jugak customer bagi tips dalam sampul ni.. cuma kali ni terkejut bila bukak sampul tu..
Menurut Faris, wanita yang memberikan tips secara ikhlas meminta supaya dia mendoakannya agar dikurniakan zuriat secepat mungkin.
Mohon kawan-kawan rider ku untuk doakan akak ni semoga cepat dapat zuriat dengan izin Allah SWT.. InshaAllah..