Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Letak Garam Pada Shampu, Petua Pelik Tapi Beri Kesan ‘Menakjubkan’ Untuk Rambut

Letak Garam Pada Shampu, Petua Pelik Tapi Beri Kesan ‘Menakjubkan’ Untuk Rambut

Kategori: ,
letak garam pada shampu

Hampir kebanyakan wanita pasti berdepan dengan masalah rambut gugur. Sampai risau dibuatnya jika rambut menjadi botak. Begitu juga dengan masalah kelemumur, berminyak dan gatal yang juga sering menjadi mimpi ngeri buat wanita.

Oleh sebab itulah ada pelbagai shampu yang dijual di pasaraya untuk merawat segala masalah rambut. Namun ada juga petua orang dulu-dulu yang menggunakan bahan semula jadi untuk hilangkan segala masalah rambut jika ada yang mahu mencuba.

Menerusi perkongsian oleh Syakila Rahim, semua masalah rambut tadi boleh diatas dengan hanya mencampurkan garam pada shampu. Jom baca perkongsian lengkap olehnya di bawah.

Letak Garam Pada Shampu, Petua Pelik Tapi Beri Kesan ‘Menakjubkan’ Untuk Rambut

Ada orang penah petua, nak bagi rambut kuat, lebat, tak mudah luruh, masa sampoo tu campur garam ataupun basah kepala ngan air garam, baru shampu.

Petang tadi dah try. Masuk kali ni, cubaan kali ke3. Bila campur garam, shampoo dah jadik kurang berbuih tau. Dah tak berbuih, Jangan dok pi balun bubuh setengah botoi pulak.

Alhamdulillah, lepas shampoo gini, rambut jadi lembut. Kepala pun tak gatal dah, jadi ringan kepala.

Kredit : Shakila Rahim

tags: |