Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Stok Masak Setahun,” Isteri Teruja Suami Hadiahkan ‘Gold Bar’, Tapi Rupanya-Rupanya…

“Stok Masak Setahun,” Isteri Teruja Suami Hadiahkan ‘Gold Bar’, Tapi Rupanya-Rupanya…

Kategori:
suami hadiahkan gold bar

Memang berbunga-bunga hati seorang isteri kalau dapat hadiah istimewa pemberian oleh suami. Lagi-lagi kalau hadiah yang berwarna ’emas’ itu.

Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang wanita berkongsikan dia telah menerima hadiah gold bar daripada suaminya.

Sekali pandang terus terpegun! Tapi selepas membaca komen oleh netizen, tak sangka rupanya-rupanya gold bar tersebut boleh buat stok untuk masak setahun!

Terkejut si isteri pagi2 dapat kotak merah berisi gold bar.

Bila suami faham benar dengan minat dan citarasa isterinya

Tq cik somi …i lap you tau.

Amboii..pandai noo, buat lawak kat cheq.

Kalau tak tengok komen netizen, rasanya ramai yang sudah tertipu. Gold bar tersebut sebenarnya rupa-rupanya adalah kiub pati ayam!

“Sekali ada cop maggi la..”

“Alhamdulillah, boleh buat sup..”

Sumber: Junariah Ab Rahman

tags: