Dunia semakin moden, teknologi di mana-mana. Walaupun begitu masih ramai yang mengamalkan sihir dalam menjatuhkan seseorang. Ada sesetengah individu yang tidak berperasaan masih menggunakannya dan ianya sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita pada hari ini.
Sihir atau amalan syirik merupakan amalan yang terkutuk. Jika dalam Islam, amalan ini dilaknat oleh Allah SWT kerana ia memberi impak yang buruk kepada penerimanya. Seperti mana gambar yang dikongsikan oleh pengguna facebook yang dikenali dengan nama Md Hazrin ini . Hal tersebut memberi gambaran seolah-olah perniagaan rakannya terkena buatan individu yang tidak bertanggungjawab.
Kisah ini bermula apabila Md Hazrin terjumpa bungkusan tersebut ketika menolong kawannya menutup kedai. Bungkusan tersebut rupa-rupanya telah terselit di dalam payung dan telah dilekat menggunakan saletip.
Ada sesiapa tahu atau boleh terjemah ayat ini? Apa benda ini ya? jumpa time tolong kawan tutup kedai , tergerak hati nak bukak payung dalam besi atas tiba-tiba benda ni keluar di selotep, dah dibalut ayat itu dengan sejenis kulit haiwan.
Lelaki ini menjelaskan, bungkusan tersebut telah dibalut dengan sejenis kulit haiwan. Namun, apa yang menjadi persoalan adalah maksud disebalik ayat yang tertulis pada kertas putih itu.
Sudah habis postive thinking (mungkin Raja hantar surat pakai merpati). Tapi la ni zaman TikTok mana pakai merpati hanta surat. (nak cakap sihir kasi tak laku memang dah takda orang beli mula-mula je ramai 2 hari).
Pada mulanya, dia hanya bersangka bak dengan bungkusan tersebut dn menganggap itu bukannya sihir yang mahu menjatuhkan perniagaan kawannya. Namun, teori tersebut berubah kerana berlakunya pengurangan pelanggan secara drastik.
Sumber: Md Hazrin