Siapa yang tidak kenal dengan Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuwan Ismail. Beliau merupakan pengacara masakan atau chef selebriti nombor satu di Malaysia. Beliau dilahirkan di Singapura pada tahun 1985. Pada usia 3 tahun beliau sudah berpindah ke Kuala Lumpur kerana ayahnya dipindahkan dari The British Royal Air Force ke The Malaysian Air Force.
Beliau sekeluarga mula menetap di pangkalan Angkatan Tentera Udara, jadi disitulah bermulanya beliau mengembangkan bakat memasak. Seni memasak yang dipelajari daripada ibunda dan nendanya tercinta serta didorong rasa ingin tahu telah mengasah bakat Chef Wan di dapur.
Beberapa tahun yang lepas, Chef Wan telah dianugerahkan gelaran Datuk. Penat lelah selama lebih 30 tahun yang dipikul oleh beliau dalam mengharumkan nama negara akhirnya terbalas. Chef selebriti terkenal ni telah berjaya membuka mata ramai pihak. Bukan sahaja dalam negara malah diperingkat antarabangsa juga.
Pastinya ramai yang tidak tahu bahawa Chef Wan ini pernah menjadi seorang akauntan bertauliah. Namun kerana minatnya yang mendalam terhadap bidang masakan, beliau berhenti kerja dan ambil ijazah dalam Latihan Profesional Chef dan Pengurusan Hotel dari California Culinary Academy di San Francisco, Amerika Syarikat.
Chef yang sangat berbakat ini berpendapat bahawa makanan adalah senjata terbaik untuk menghubungkan masyarakat dari seluruh dunia dan makanan juga menunjukkan budaya dan bangsa. Chef Wan juga berkata, bidang masakan ini terlalu luas. Semakin banyak yang diteroka, semakin banyak peninggalan yang diwariskan oleh orang dulu-dulu.
Sepanjang penglibatan beliau dalam rancangan masakan, antara program masakan yang paling diingati rakyat Malaysia ialah The Kuali Cook Show , Chef Wan , dan yang paling terbaru iaitu Citarasa Sedunia Bersama Gas Petronas . Tetapi rancangan masakan TV antarabangsa seperti A Taste of Australia with Chef Wan (Australian ABC Network), Flavours of Asia (Prime 12, Singapore), Market Kitchen (UK Food Network), Flavours of the World (TV4, Sweden) dan Chef Wan and Gino’s Specials (Orge TV, Norway) yang membuka jalan ke kemasyhuran di seluruh dunia.
Chef Wan juga pernah dinamakan Chef Selebriti televisyen Terbaik di Anugerah Buku Masakan Dunia Gourmand di Perancis. Selain itu Anak sulung daripada tujuh adik beradik ini merupakan Duta Makanan yang dilantik oleh Kementerian Pelancongan pada 2010 kerana menghargai sumbangannya memperkenalkan makanan Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Selain itu sumbangan beliau juga pernah diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila menerima dua anugerah berprestij daripada National Critics Choice. Anugerah berkenaan ialah Life Time Achievement South East Asia Cuisine menerusi kategori The Hospitality and Dining Awards 2011/2012 dan juga Best Editor‘s Choice Award yang diberikan berdasarkan kejayaan buku masakannya, Best of Wan Taste of Malaysia. Pada tahun yang sama, beliau telah diberi penghormatan bagi menjayakan program bual bicara pagi, NBC Today yang disiarkan secara langsung untuk saluran NBC di AS.
Menurut Chef Wan sendiri, kelebihan menjadi seorang tukang masak adalah mampu membuatkan orang gembira. Beliau percaya bahawa makanan membawa kegembiraan, tidak kiralah sama ada masalah hidup yang dihadapi kecil atau besar, tiada masalah kebuluran!
Walaubagaimanpun beliau tidak ingin menjadi chef biasa, mungkin disebabkan nature beliau yang agak ‘gila-gila’, beliau suka melancong, berlakon berlakon, menyanyi, menulis dan yang paling biasa dilihat iaitu bercakap. Chef yang mempunyai 2 orang anak ini juga memasang impian untuk membawa keamanan kepada dunia melalui makanan.
Sumber: Usahawan.com