Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » DIY Tempat Gantung Kuali Bawah Sinki. Modal RM20 Je, Lebih Kemas & Tersusun

DIY Tempat Gantung Kuali Bawah Sinki. Modal RM20 Je, Lebih Kemas & Tersusun

Kategori: ,
KUALI

Pada musim perayaan ni, bab basuh pinggan mangkuk dan kuali sudah jadi satu rutin untuk mak-mak dan anak dara.

Bila tetamu dah datang beraya, memang seronok kita jamu mereka dengan masakan kita. Namun, yang menjadi masalah ialah bila kita kena susun segala jenis kuali yang digunakan selepas dibasuh.

Biasanya kalau lepas basuh dan lap kuali, kita akan letak bawah sinki je kan? Tak kisah walaupun ‘berlonggok’ sebab orang tak nampak pun.

Walaupun, ia cara yang mudah, namun ia akan menyusahkan kita bila nak guna nanti sebab dah bertindan-tindan dan susah nak ambil.

Walaupun anda simpan dalam kabinet, namun ia agak susah untuk diambil, kadang kala boleh berterabur semuanya, lagipun buat sakit mata je!

Kalau rasa serabut, boleh buat sendiri tempat gantung bawah kuali bermodalkan RM20 sahaja tapi hasilnya kuali tergantung kemas dan sedap mata memandang.

Cara nak buatnya pun cukup senang. Untuk ketahui cara-caranya, jom kita ikuti perkongsian lengkap oleh Reezal Jelita di bawah.

DIY Tempat Gantung Kuali Bawah Sinki. Modal RM20 Je, Lebih Kemas & Tersusun

Share sikit DIY tempat gantung kuali bawah kabinet singki. Modal dalam RM20 saja.

1. Drawer slide boleh beli kat Shoppe sepasang dalam RM10. Kayu boleh pakai apa-apa kayu yang sesuai.tempat gantung kuali

2. Skru 2 bahagian ini.tempat gantung kuali

3. Pasang hook screw, boleh beli kat Shoppe atau hardware.tempat gantung kuali

4. Screw dulu 1 bahagian. Slider tu boleh cabut dulu 1 bahagian.tempat gantung kuali

5. Pasang satu lagi bahagian slide.tempat gantung kuali

Dah siap! Boleh slide keluar supaya boleh capai kuali yang belakang.tempat gantung kuali

Mudah saja rupanya nak buat tempat gantung kuali yang menjimatkan tempat dan lebih tersusun. Lepas ni tak adalah masalah untuk korang susun kuali yang ada kat dapur. Nak ambil pun confirm tak berterabur.

Mata pun sejuk je tengok kuali tersusun macam ni. Bajet pun tak mahal, senang pula tu nak buat.

Jom kita try buat sendiri tempat gantung kuali ni, confirm lagi terurus dapur korang. Selamat mencuba!

Kredit: Reezal Jelita

tags: | |