Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Sapukan Air Barli Pada Kulit Wajah, Hasilnya Kulit Jadi Lembut, Cantik & Berseri, Nak Mekap Pun Smooth Je!

Sapukan Air Barli Pada Kulit Wajah, Hasilnya Kulit Jadi Lembut, Cantik & Berseri, Nak Mekap Pun Smooth Je!

Kategori: ,
cara-putih-dan-serikan-kulit-wajah-dengan-barli

Mempunyai kulit yang sihat dan cantik ada keinginan semua orang. Apabila kulit sihat dan cantik kita akan lebih tampak berseri dan segar. Maka sebab itulah penjagaan kulit  perlu dimulakan seawal mungkin. Dan apa yang penting adalah konsisten agar kulit sentiasa terjaga. Usah berasa iri hati serta dengki apabila melihat wajah orang lain yang berseri kerana pastinya mereka menjaganya dengan konsisten.

Nak kulit muka cantik berseri, mungkin anda boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Aya Zuki ini yang mana dia menjadikan barli sebagai rejim perawatan kecantikan wajah.

Sapukan Air Barli Pada Kulit Wajah, Hasilnya Kulit Jadi Lembut, Cantik & Berseri, Nak Mekap Pun Smooth Je!

BAHAN-BAHAN:

  • Segenggam beras (basuh dulu)
  • Garam
  • Barli
Barli banyak sangat khasiat dia. Bagus untuk kulit cerah, anjal dan awet muda!

Meningkatkan sistem pertahanan badan Air barli dipenuhi dengan pelbagai nutrisi seperti vitamin B, zat besi, kalsium, magnesium, zink dan selenium yang memainkan peranan di dalam sistem pertahan badan kita. Tambahan lagi, beta-glucan yang sedia ada di dalam beras barli mempunyai kebolehan untuk mengaktifkan sistem imunisasi badan.

Sistem pertahan badan adalah perkara yang penting untuk melindungi tubuh badan daripada jangkitan dan serangan kuman seperti demam, selesema dan lain-lain. Selain itu, air barli turut mengandungi zat besi untuk mencegah daripada anemia dan keletihan (fatigue).

LANGKAH-LANGKAHNYA

LANGKAH 1:

  1. Basuh beras dulu lepas tu toskan air dan goreng tanpa minyak sampai beras kering.
  2. Dah kering masuk dalam blend kering.
  3. Blend beras bersama garam sampai halus.
  4. Garam untuk matikan kuman. Hehe nyah nyahh jerawat!

LANGKAH 2:

  1. Kisar barli sampai halus sama seperti beras.

LANGKAH 3:

  1. Lepas dah blend beras + garam + barli, korang mix kan. Campor sekali semuaa sampai sekata.
  2. Dah siap boleh la pakai dekat kulit muka dan badan. Scrub perlahan-lahan ok, jangan kasar-kasar.
  3. Untuk orang yang ada jerawat teruk jangan scrub kawasan jerawat. Nanti lagi teruk jerawat. Just tampal je scrub ni dekat kawasan jerawat.
  4. Untuk kulit yang tak ada jerawat boleh gosok perlahan-lahan dan manja.
  5. Nak biar lama mana pun boleh. Nak pakai sampai pagi esok pun tak ada masalah.
  6. Lepas dah cuci rasai kulit rasa bersih dan licin. Pastu nampak cerah dan berseri-seri.

Nak cantik? Amalkan sahaja petua mudah ini. Jimat dan selamat untuk dicuba buat semua.

Semoga petua ini bermanfaat untuk anda.

Kredit: Aya Zuki

Baca Juga: Tak Perlu Beli, Buat Sendiri Bedak Sejuk Homemade Dengan Bahan Dari Dapur! Jimat Dan Wajah Cantik!

tags: |