Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » DIY Rak Dapur Gaya Inggeris, Modal Cuma ‘RM10’ Tapi Hasilnya Memang Kebabom!

DIY Rak Dapur Gaya Inggeris, Modal Cuma ‘RM10’ Tapi Hasilnya Memang Kebabom!

Kategori: ,
cara DIY rak dapur ala inggeris

Memang tidak dinafikan bahawa rak dapur merupakan satu keperluan. Kerana dapur yang kemas dan teratur pasti membuatkan kita selesai dan ianya secara tidak langsung memberi kepuasan buat ibu-ibu atau para wanita di dapur.

Dapur yang kemas bila mana barangan seperti bekas-bekas atau botol sos tersusun rapi. Macam mana nak segala barangan itu tersusun rapi adalah sediakan ‘rumah’ atau rak untuk mereka.

Mungkin anda boleh sediakan rak seperti yang dilakukan oleh Noriza Zainal Abidin ini. Hanya bermodalkan RM10.50 dengan bahan-bahan yang dibeli di kedai Eco, dia berjaya menghasilkan rak ringkas tapi mempunyai banyak kegunaan. Cara nak membuatnya juga cukup mudah. Tak perlu susah payah suruh suami, kita sendiri boleh buat.

DIY Rak Dapur Gaya Inggeris, Modalnya Sedikit Sahaja!

BAHAN YANG DIPERLUKAN:

  • 1 batang kayu mop
  • 2 kayu hiasan dinding
  • 2 papan pemotong jenis kayu

Total: 5 barang x RM2.10 = RM10.50

CARA MEMBUATNYA:

  1. Potong kayu mop sama panjang dengan papan pemotong.
  2. Buang plastik pada kayu mop kemudian paku kayu mop dengan papan hiasan.
  3. Paku lagi satu bahagian.
  4. Hasilnya begini, papan pemotong akan menjadi tapak rak. Paku kiri dan kanan.
  5. Paku satu lagi papan pemotong jika mahu jadikan rak dua tingkat. Paku juga kayu mop di bahagian tepi untuk dijadikan penghadang. 
  6. Dah siap. Boleh buat setingkat atau dua tingkat.

Kegunaan: Boleh letak pelabagi jenis botol sos, roti bersama jem, kaya, marjerin dan sebagainya. Boleh juga dijadikan tempat letak serbuk rempah sama ada dalam paket dan botol kecil.

SEMOGA BERMANFAAT!

Kredit: Noriza Zainal Abidin

 

tags: |