Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Macam Potong Tembikai,” Netizen Terkedu Lihat Cara Potongan Buah Nangka Di Amerika Syarikat

“Macam Potong Tembikai,” Netizen Terkedu Lihat Cara Potongan Buah Nangka Di Amerika Syarikat

Kategori:
Cara Potongan Buah Nangka

Jika sebelum ini makanan tempatan pernah dikritik oleh chef popular dari luar negara iaitu John Torode berikutan kes rendang ayam crispy.

Pada kali ini, cara potongan buah tempatan di sebuah pasaraya di Amerika Syarikat pula telah berjaya mencuri perhatian netizen daripada Malaysia.

Semuanya bermula apabila seorang pengguna akaun Facebook, Mei Tan berkongsi mengenai cara orang di Amerika Syarikat yang memotong buah nangka seakan potongan buah tembikai. Perkongsian itu telah meraih lebih 4.4 ribu tanda suka dan 6.3 ribu perkongsian.

https://www.facebook.com/louisamei.tan/posts/10162314895190077

Perkongsian itu telah mendapat pelbagai respon daripada pihak netizen dimana ramai yang pelik dan terhibur dengan cara potongan itu.

Diantara respon yang paling menarik perhatian ramai adalah respon daripada Rhys William yang memohon maaf bagi pihak ‘mat salleh’. Tweet tersebut telah mendapat hampir 18 ribu retweets.

tags: |