Sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah keluarga yang membiarkan segala tugasan rumah dilakukan oleh si isteri seorang diri. Sudahnya, isteri terpaksa melakukan semua kerja rumah tanpa merungut. Jika tidak, pasti ada ‘suara’ yang mengatakan ia sememangnya sudah menjadi tugas isteri untuk menjaga rumah tangga.
Tetapi, sampai bila isteri harus dilayan seperti seorang pembantu rumah? Suami seharusnya membantu isteri pada setiap masa. Bukan hanya sekadar balik rumah dah goyang kaki.
Selain itu, anak-anak juga perlu dididik untuk membuat tugasan rumah mengikut kesesuaian umur agar ia menjadi kebiasaan terutamanya apabila mereka mendirikan rumah tangga kelak.
Kebiasaanya, anak lelaki akan mengikut perangai bapanya yang hanya membiarkan si ibu membuat semua benda. Seorang pengguna Facebook, Mohd Fhais memberi pesanan kepada semua lelaki agar tidak melayan wanita sebagai seorong pembantu.
Saya perhati je gelagat pasangan yang baru kahwin ni. Makan isteri hidangkan. Lepas makan pinggan tinggal atas meja terus keluar hisap rokok. Si isteri senyum je ambil pinggan bawa ke sinki dan cuci. So sweet isteri layan suami macam raja.
Ketika belum ada anak situasi begini memang nampak sweet tapi lepas dah ada anak tabiat begini kena kurangkan.
Anak-anak belum pandai menilai. Jadinya apa sahaja yang dia lihat dia akan tiru. Termasuklah cara ayah melayan mak, dan cara mak melayan ayah. Anak akan tiru bulat bulat!
Takut mak jadi mangsa bulian anak-anak.
Yalah, mana tak kena buli kalau anak-anak makan kena di layan setiap seorang, kalau anak seorang ok lagi tapi kalau anak 3 4 5 orang? Tekanan si mak nak handle pelbagai ragam anak.
Lebih ditakuti ialah bila anak tak pandai langsung nak menolong mak. Tak menolong mak memasak, pinggan kotor tinggal je dalam sinki, kerja rumah semua mak seorang yang buat.
Mak dah macam bibik, kerja nak layan kehendak suami dan anak-anak.
Mak rajin atau malas bukan isunya, yang penting sekarang kita kena mengajar anak ringan tulang dan adab sejak kecil.
Supaya dah besar nanti diorang tak menyusahkan pasangan. Terutamanya anak lelaki!
Anak lelaki akan jadi imam keluarga satu hari nanti. Kalau imam dalam solat, bacaan kena betul, tertib solat kena betul, semua berkaitan solat kena sempurna.
Begitu juga sebagai imam keluarga. Suami atau ayah mesti tunjukkan teladan yang baik pada isteri dan anak-anak, beri didikan yang terbaik dan kena jadi pemimpin yang boleh di harapkan. Barulah terbina keluarga sempurna.
Kahwin bukan tempat untuk orang yang malas atau rajin.
Nak sweet biarlah sweet sama-sama. Isteri layan suami macam raja, suami layanlah isteri macam permaisuri. Baru adil.
Wallahu A’lam.