Jika anda mengalami 19 gejala-gejala di bawah, kemungkinan besar anda telah terminum atau termakan makanan/minuman yang telah dijampi dengan jampi-jampi sihir. Mungkin anda telah termakannya ketika menghadiri majlis keramaian atau kenduri-kendara.
Tanda-tanda sihir yang dimasukkan melalui makanan atau minuman:
- Jika makanan baru ditelan, bahagian tepi perut akan rasa ngilu atau sakit.
- Selepas makan, kerap muntah-muntah.
- Rasa mual tekak bila dengar alunan Al-Quran.
- Perut rasa macam masuk angin, tapi semasa ambil wudhuk atau nak solat, barulah terkentut-kentut.
- Rasa ada pergerakan dalam perut.
- Setiap kali nak baca alquran, rasa macam ada bebola yang menyekat kat tekak.
- Sangat berbau busuk ketika sendawa atau kentut, bau akan bertambah kuat apabila sedang diruqyah atau dengar bacaan quran.
- Sakit yang teramat sangat ketika haid.
- Jika perut disentuh, terasa sakit yang teramat sangat walaupun pegang sikit.
- Hilang selera makan atau sentiasa lapar memanjang.
- Susah bernafas walaupun tiada masalah semput.
- Badan terasa berat terutamanya di bahu ataupun tengkuk.
- Bengkak di sekitar perut.
- Bila pejam mata, nampak seakan tali atau rambut berjuntaian.
- Lemah dalam penglihatan.
- Sakit dibahagian bawah punggung, terutamanya dibahagian tulang ekor.
- Wajah akan bertukar menjadi kehitaman ketika diruqyah. Apabila diruqyah dan hilang sihir tersebut, maka wajah akan kembali cerah seperti sediakala.
- Mengeluarkan hingus dan meludah ketika diruqyah.
- Pembengkakan pada tangan dan kaki atau akan munculnya lebam-lebam kebiruan, dan kemungkinan disitulah pusat sihir berada. Boleh diruqyah dan dibekam dikawasan tersebut.
Jadi untuk menggelakkan termakan makanan dan minuman yang telah disihir, amalkan doa ini. Doa ini sering digunakan oleh mereka yang mengamalkan perubatan rawatan Islam.
Maksud ayat:
Rasulullah SAW didengari berkata sesiapa yang berdoa,
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Bacalah sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya.
(Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad)
Pernah Allahyarham Tuan Guru Haron Din berkata, bacalah ayat (di atas) sebelum makan atau minum, jika ada sesuatu yang tak baik, dengan izin Allah pinggan atau gelas akan pecah sebelum sempat kita makan makanan itu.
Jika anda telah pun terkena sihir yang dihantar melalui makanan atau minuman, boleh juga amalkan kaedah di bawah:
- Menjaga solat berjemaah untuk lelaki. Jika perempuan, pastikan sentiasa solat diawal waktu di rumah (wanita lebih utama solat dirumah berbading di masjid)
- Membaca atau mendengar bacaan Surah Al-Baqarah dan menghayati maknanya. Lakukan amalan ini setiap hari.
- Membaca ayat-ayat pendinding/pelindung diri iaitu Al-Muawwizatain setiap hari.
- Istiqamah mengamalkan zikir, terutamanya zikir pagi dan petang. Amalkan setiap hari.
- Jauhkan dari mendengar muzik atau menonton filem kerana ia akan melalaikan dari mengingati Allah.
- Pesakit perlu memahami bahawa ketaatan adalah faktor yang sangat penting yang mana ianya mempengaruhi cepat atau lambatnya kesembuhan kerana kesembuhan itu datang daripada Allah semata-mata.
- Dan terakhir sekali, perbaiki semula akidah kita dan ikhlaskan segala amalan soleh yang dilakukan. Sentiasalah mengaku dan sedar akan dosa-dosa yang dilakukan dan selalulah memohon ampun kepada Allah dengan sebenar-benar taubat.
Sekiranya anda melakukan kaedah-kaedah di atas dengan iqtiqamah, yakinlah Allah akan memberikan kesembuhan kepada anda.