Pastinya sangat sedih apabila kita diuji dengan sesuatu yang berkaitan dengan penampilan kita. Namun percayalah, Allah tak akan menguji hambanya kalau hambanya tidak mampu. Setiap ujian yang diberikan, pasti Allah tahu apa yang terbaik.
Seperti mana dugaan besar yang terpaksa dihadapi oleh gadis cekal ini. Amira Maisarah ada berkongsi pengalaman dan dugaan terbesar dalam hidupnya apabila wajahnya habis melecur. Amira berkata, sewaktu dia berusia 2 tahun dia tergelincir di dapur rumahnya dan sempat berpaut pada sebuah tong gas.
Namun periuk belanga yang berisi cecair panas turut sama terjatuh dan terlangkup ke atasnya. Kejadian tersebut selepas itu disedari oleh kakak dan juga ibunya. Kerana tragedi menyayat hati itu, Amira melecur hampir di keseluruhan muka. Kepalanya telah berbalut seperti ‘mumia’ dan tangannya juga mengalami cacat kekal.
@amiramaisarah02Balas kepada @nuraliyaaqila0 ##fypシ゚viral ##fypシ dah cerita ok🥰🥰♬ bunyi asal – mimi💖
https://www.tiktok.com/@amiramaisarah02/video/6933532566209219842?sender_device=pc&sender_web_id=6895950004839122434&is_from_webapp=v1&is_copy_url=0
Rata-rata warganet yang melihat video tersebut menyatakan turut bersimpati dengan nasib yang menimpa gadis tersebut. Selain itu, mereka tidak ketinggalan memberi kata-kata semangat supaya Amira terus kuat menjalani kehidupan.
Baca Juga: Pekerja Lori Sampah Selamba Menikmati Kuih Raya Yang Telah Dibuang, Warganet Risau