Kita seringkali dimomokkan dengan mitos sekiranya makan kicap secara berlebihan sewaktu mengandung, anak dalam kandungan akan berkulit gelap. Disebabkan itulah ramai yang mengambil keputusan untuk tidak memakannya walaupun ia diperbuat daripada bahan yang berkhasiat. Seorang doktor yang dikenali dengan nama Muhammad Izzat tampil mendedahkan mengenai perkara tersebut
“Jangan makan banyak sangat kicap tu. Kang anak yg dikandung tu jadi gelap, macam kicap tu gak ! “ – ujar makcik Senah kepada anaknya yang baru disahkan oleh doktor hamil dalam 4 bulan.“Ko jangan degil dengar cakap mak. Keluarga kita semua putih putih cerah-cerah. Anak kakak ko si Betty tu, tengok anak dia dah itam legam, betty degil tknak dengar ckp mak dulu. Budak-budak skang ni bukan boleh ditegur sikit. Cakap kita kolot la ape lah. Padahal aku yg makan garam dulu dari korang tau” – tambah makcik senah bila anak yg dileteri itu mencebikkan muka bila ditegah makan kicap.
Masalahnya, betol ke makan kicap, anak yg dikandung tu boleh jadi gelap mcm kicap tu? Tapi digalakkan pula ibu mengandung ni minum soya banyak-banyak katanya anak boleh jadi putih ikut soya tu.
Dia lupa ke yang kicap tu asalnya dari kacang soya sendiri? Pening oi pening !
Dalam pada itu, Doktor Izzat turut menjelaskan bahawa warna makanan yang dimakan tidak akan mempengaruhi warna kulit bayi. Hal ini kerana makanan akan dicernakan dalam sistem penghadaman lalu diserap ke dalam badan, bukan rahim. Malah molekul tercerna ni akan diberikann kepada bayi melalui uri.
Warna makanan yang diambil tidak akan mempengaruhi warna kulit pada bayi. Ini kerana sistem penghadaman di dalam badan tidaklah bersambung dengan rahim. Makanan yang dimakan akan dicernakan di dalam sistem penghadaman dan di serap ke dalam badan.Molekul yg sudah tercerna inilah yang akan diberikan kepada bayi melalui uri(placenta). Penggunaan molekul makanan yg tercerna tersebut tidaklah akan mempengaruhi warna kulit bayi.
Warna kulit yang gelap adalah disebabkan kehadiran kompaun melanin yang terhasil daripada sel melanocytes. Ada sesetengah orang yang mempunyai masalah dalam penghasilan sebatian ini dan kulit mereka akan kelihatan sangat putih. Bukan kulit je sangat putih, rambut dan kening mereka juga akan kelihatan putih disebabkan sebatian melanin juga banyak pada tempat tersebut. Mereka dikatakan penghidap penyakit Albino
Tambah Dr Izzat lagi, pemakanan sebenarnya tidak mempengaruhi warna kulit bayi tapi bergantung kepada perwarisan genetik iaitu ibu ataupun bapanya. Jika mahu bayi yang dikandung putih melepak, silalah berkahwin dengan Mat Salleh.
So da jelas sebenarnya permakanan tak mempengaruhi warna kulit bayi. Tapi sebenarnya bergantung pada perwarisan genetik – iaitu warna kulit mak atau ayah bayi tu sendiri.Penyelesaiannya mudah saja, kalau nak sangat baby putih melepak, kenalah kawin dgn mat salleh yang putih melepak.Ikhlas,Doktor yang Tall, Dark & Ensem