Sememangnya wujud manusia atau individu yang takut akan ubat-ubatan. Kalau terpaksa makan ubat pun mereka pasti akan memotong atau menghancurkan ubat tersebut dahulu. Tetapi yang menjadi persoalannya apakah boleh kita memotong ubat tersebut?
Masih ramai di antara kita yang masih tidak mengetahui sama ada boleh atau tidak sekiranya kita potong ubat sebelum dimakan. Bagi mengetahui boleh atau tidak jom kita ikuti perkongsian Siti Hawa. Dia ada menjelaskan sebab-sebab mengapa sesetengah ubat pil tidak boleh dipatahkan atau dihancurkan sesuka hati sebelum makan.
https://www.instagram.com/p/BuYjlYcAb5v/?utm_source=ig_web_copy_link
Menurut Siti Hawa, antara sebab ubat tidak boleh dimakan secara hancur atau dipatahkan adalah kerana ubat tersebut jenis bersalut (coated). Fungsi bagi ubat yang bersalut adalah untuk :
Apabila coated pills ini dipecahkan atau dihancurkan, maka hilanglah 3 fungsi seperti yang dinyataka di atas. Penjelasan yang disampaikan oleh Siti Hawa ini menyedarkan warganet kerana memang ramai yang tidak tahu tentang kepentingan memakan ubat secara sempurna tanpa menghancurkan atau mematahkannya.
Menurut Siti Hawa melalui jawapan dari ruangan komen. Sekiranya ubat yang ingin dimakan tidak mempunyai garis ditengah namun doktor nasihatkan untuk makan separuh tiada masalah. Yang pasti itu sudah di approve oleh doktor atau farmasis. Namun seeloknya potonglah menggunakan pill cutter.
Antara soalan lainnya adalah, apakah boleh ubat dicampur dalam susu sebab anak susah nak makan. Jawapannya adalah boleh tapi pastikan susu tersebut dihabiskan agar tidak underdose.
Sumber: Siti Hawe