Peti sejuk merupakan salah satu teknologi yang mana membantu memudahkan urusan manusia. Ia merupakan tempat penyimpanan makanan agar ianya tahan lama dan kekal selamat. Teknologi tersebut sememangnya banyak mengubah gaya hidup kita. Peti sejuk ini juga antara teknologi yang wajib ada di setiap rumah selain mesin basuh dan televisyen.
Mengenai peti sejuk ini, mesti ramai yang terfikir bagaimana untuk menjaganya agar tahan lama dan tidak mudah rosak. Ini tidak, pakai setahun dua dah rosak. Terpaksa beli yang baru kalau tak nak dibaiki. Sekiranya anda sayang akan peti sejuk tolong ambil tahu 5 perkara ini.
Menurut Hairul Vcool, moto compressor terpaksa bekerja lebih kerrasa kerana suhu sejuk dari peti akan keluar. Jadi apabila ditutup, compressor terpaksa bekerja keras untuk sejukkan semula ke suhu yang telah disetkan.
Pesan Hairul, makanan yang baru siap masak jangan terus dimasukkan ke dalam peti sejuk. Alasannya ialah kerana ia berbeza suhu, misalnya suhu makanan 40 darjah selsius manakala peti sejuk -18 darjah selsius.
Perubahan suhu akan berlaku di dalam compartment dan peti sejuk perlu bekerja keras untuk sejuk semula. Jika peti sejuk jenis inverter, ia akan bekerja lebih keras, maka compressor akan cepat rosak. Sejukkan dahulu makanan sebelum masukkan ke dalam peti sejuk, pesannya.
Jelas Hairul, perkara ini akan membuatkan peti ais cepat rosak kerana tiada kitaran udara yang sempurna. Isipadu peti ais (300L, 400L dsb) menunjukkan kapasiti yang boleh dimasukkan. Bila terlebih muatan, ia akan menutup ruang peredaran udara di dalam peti ais dan boleh menyebabkan ia menjadi ‘semput’.
Ujar Hairul, apabila anda tidak jaga kebersihan peti sejuk, makanan yang tamat tempoh boleh mengeluarkan bau dan menjejaskan makanan lain. Selain itu, apabila makanan lama tidak dibuang atau dikeluarkan, ia akan menyebabkan peti menjadi padat sehingga boleh menyebabkan berlakunya tumpahan.
Tumpahan makanan di dalam peti ais bukan sahaja boleh mengotorkan peti ais,tetapi menyebabkan ‘badan’ peti menjadi berkarat. Malah, getah pintu juga boleh pecah dan akhirnya menyebabkan ia tidak dapat ditutup dengan rapat, mendorong kepada permasalan lain. Pesan beliau, keluarkan barang di dalamnya untuk dicuci pada bahagian dalam sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.
Kongsi Hairul, tindakan menggunakan soket yang sama boleh menyebabkan peti ais cepat rosak. Hal ini berlaku apabila pengguna kerap menutup dan membuka suis apabila menggantikan kepala plug pada soket dengan plug peralatan elektrik yang lain.
“Paling banyak sekali plug peti ais berkongsi dengan mesin pengisar (blender). Masa nak guna blender, dia tutup peti ais, dia pasang blender. Dah siap blender, dia pasang peti ais pulak. Jadi on off on off, peti ais akan jadi cepat rosak,” katanya.
Kredit: Hairul Vcool