Pastinya setiap ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anaknya. Kalau boleh tak nak digigit nyamuk walau seekor pun. Mereka akan buatkan yang terbaik demi menjaga kesihatan dan keselamatan anak-anak. Sekiranya ada sesuatu yang terjadi kerana kecuaian diri sendiri para ibu bapa pasti menyesal.
Menurut Puan Fatinlyna Badrul, kejadian itu bermula apabila sup yang baru siap dimasak diletakkan atas meja. Ketika sedang sibuk mengajar anak-anak lain PDPR, suaminya pula pada ketika itu sedang mandi, si manja yang bernama Haqq ini telah tertarik tudung saji sekali gus sup tersebut tertumpah pada badannya. Disebabkan kejadian itu, wanita ini trauma untuk memasak serta menyalahkan diri sendiri kerana bersikap cuai.
Masak apa pun tak jadi,seminggu dah tak jadi masak.Selepas kejadian ngeri buat adik Haqq minggu lepas,mama trauma nak masak.tgk bende panas jadi sebak kat dada.Seumur hidup salahkan diri sndiri sbb cuai!Sentiasa sgt beringat.selalu nasihatkan org lain supaya hati2 dgn anak kecik bila di dapur.tp kejadian ni tetap jdi kat keluarga sy.Selesai masak makan malam,sy hidang lauk (sup) atas meja makan dan tutup tudung saji.meja tu di ruang makan bkn di dapur.setle semua mula ajar anak yg lain pdpr.papanya mandi.jadi adik haqq ni main mainan dia.xjauh dr sy.belakang sy je mainnya.terlalu pantas bende nk jdi.ntah mcm mana dia tarik tudung saji tu lalu tumpah kuah sup yg baru je sy siap masak.
Disebabkan kejadian itu, adik Haqq disahkan mengalami lecur tahap 2 serta hidap alahan di bahagian tubuh dan mukanya. Sekiranya dalam tempoh 2 minggu dia belum pulih juga, maka pembedan terpaksa dilakukan. Ibunya, Puan Fatinlyana turut menjelaskan postingan ini dibuat demi memohon doa orang ramai agar anaknya tabah dan sihat seperti sediakala.
Tak sanggup nk ingt,tp tujuan sy nak mntak doa pada semua utk Muhammad Izny Haqq bin Mohd Suhaimi utk kembali ceria,dpt semangat yg luar biasa dah kuat selalu utk lalui sesi cuci luka.Sehari lepas kejadian tu,dia dpt pulak alahan.habis gatal 1 badan dan sembab muka2 nya.bertimpa2.Mohon semua doakan adik Haqq kuat dan tak trauma dgn kejadian ni.Mama cuai dik,mama lalai.seminggu dah xmasak sbb takut campur 24jam dia nak berdukung.Esok haqq kena cuci kali ke 4.tahap lecur adalah tahap ke 2.Jika dlm mase 2 mnggu haqq xsihat,maka akan dilakukan pembedahan pindahan kulit.Terima kasih semua yg mendoakan.
Dalam masa yang sama, dia turut mendedahkan beberapa tips yang boleh ibu bapa lakukan segera sekiranya berlaku kejadian seperti ini. Antaranya adalah jangan letakkan sebarang krim atau ubat. Sebaliknya terus tanggalkan baju anak serta jirus air di kawasan yang melecur. Sekiranya berlaku lebih teruk, bawa mereka lekas ke pusat perubatan.
Sy nak kongsi sikit tips jika berlaku kejadian mcm ni dirumah korang pada yg masih tak tahu apa nk kena buat.masa haqq jadi haritu,itulah prkara yg sy lakukan dan betul tindakkannya.jika x,luka haqq pasti lebih dlm..Bila jadi,bende pertama bawa diri atau anak/mangsa lecur ke toilet atau sink utk jirus air ke tempat lecur.pastikan air kena pada seluruh tempat yg jd.sekurangnya 10 mnit air mesti mengalir dibadan.bertujuan utk matikan rebakkan lecuran lebih dlm.jgn guna tepung atau pape benda asing yg lain kerana blh lebih memudaratkan kesihatan dan kesan lecuran.kalau dia berbaju,tanggalkan baju lepas jirus air tu dan balut dgn plastik atau kain bersih yg basah utk elak kena jangkitan kuman.jika luka teruk serta ada gelembung air,terus bawa ke hospital sbb jika ke klinik pun akan dihantar kan ke hospital.jadi jgn buang mase.jgn sapu apepun lepas jirusan air td.itulah yg pakar bgtau saat soal jwp dgn sy.sy buat bende dah betul.tp kekurangan mase jirus tu.jika tak ada gelembung air tu,blh bawa ke klinik je utk rawatan..Setiap hari setiap masa cakap kat haqq “mama mintak maaf dik.sbb mama adik sakit.” Allahu..dia baru 2 tahun dah kena hadap sakit ni
Sumber: Fatinlyana Badrull