Ramai yang suka makan bendi goreng kan? Tapi jika salah cara masak, sayur ini akan jadi berlendir. Memang spoil mood betul orang kata. Lendir itu akan menyebabkan bendi jadi lembik dan kurang rangup.
Jadi untuk elakkan sayur bendi yang digoreng menjadi seperti yang sedemikian, boleh ikut tips yang dikongsikan oleh Mohd Rozmie ini.
1. Basuh bendi dahulu sebelum potong. Untuk kekalkan kesegaran bendi masukkan 1 sudu garam dan rendam sekejap.
2. Toskan bendi dan biarkan kering. Kalau nak cepat, boleh jer keringkan dengan tisu dapur. Jangan di potong lagi bendi tu.
3. Jangan goreng bendi dengan bawang besar untuk elakkan berlendir.
4. Masa nak masukkan bendi dalam kuali baru dipotong. Kalau potong awal buatkan bendi tu berlendir lebih.
5. Masa masukkan bendi dalam kuali, baru di besarkan api, jadi goreng dalam keadaan api sedikit besar.
6. Jangan dimasukkan sedikit pun air dalam bendi yang di goreng tu sebab bendi tu sendiri akan berlendir. Kalau di tambah air menyebabkan lendir tu makin banyak.
Kredit: Mohd Rozmie
Baca Juga: Petua Masak Sayur Lemak Putih Agar Terlampau Sedap, Jangan Kisar Tapi Tumbuk Bahan Ini!