Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Kencing Merah Macam Ribena,” Doktor Kongsi Kisah Pesakit Yang Terpedaya Dengan Jus Online

“Kencing Merah Macam Ribena,” Doktor Kongsi Kisah Pesakit Yang Terpedaya Dengan Jus Online

Kategori:
jus online

Lambakan jus jus kesihatan yang dijual di atas talian ataupun di pasaran ternyata timbulkan keraguan apabila tidak dapat dibuktikan tahap keberkesanan produk tersebut. Apatah lagi apabila ianya melibatkan kesihatan tubuh badan.

Doktor Azhar Firdaus berkongsikan beberapa kisah berdasarsarkan pengalaman dirinya sendiri merawat pesakit yang terpengaruh dengan iklan jus kesihatan sehingga memilih untuk membelinya berbanding dapatkan rawatan dari doktor.

Hati-hati beli minuman online

Menurut Doktor Azhar Firdaus, beberapa hari yang lepas beliau telah merawat 2 orang pesakit. Salah seorang pesakit mempunyai diabetic ketoacidosis (diabetes mengganas) dan kencing merah menyala macam ribena.  Seorang pesakit lagi mengalami muntah berdarah.

Apabila disoal, kedua-duanya mengakui ada meminum jus yang dibeli secara atas talian. Jus tersebut dipercayai menjadi punca kepada penyakit yang dialami oleh pesait.

Doktor itu turut meninggalkan pesan supaya berhati-hati dan jangan cepat terpedaya untuk membeli secara online, lagi-lagi produk makanan minuman yang mendakwa mampu meningkatkan kesihatan tubuh badan dan memulih sesuatu penyakit.

https://www.facebook.com/jhar.othman/posts/10224930162661833

Ada juga komen yang mengatakan mungkin produk yang dibeli itu merupakan produk tiruan, Namun, ramai juga yang mengatakan, walaupun tiruan atau tidak, jangan berhabis duit untuk jus yang tidak pasti keberkesanannya.

Tiruan atau tidak, jangan risikokan diri

“Dah sakit nanti, jangan jumpa doktor!”

Perlu diketahui juga, ada 20 jenis penyakit yang tidak boleh diiklankan sebagai tuntukan perubatan. Oleh sebab itu, masyarakat dinasikat agar jangan mudah terpengaruh dengan iklan ubat atau minuman dengan tuntukan yang melampau.

Sebelum membeli apa-apa produk di pasaran, pengguna seharusnya melakukan kajian dan berhati-hati. Jangan terlalu mudah terpedaya dan lakukan pilihan bijak.

Sumber: Azhar Firdaus

Baca Juga: “Rambut Palsu Sape Ni?” Wanita Ini Jumpa Gumpalan Rambut Dijual Di Econsave, Rupanya..

 

tags: |