Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pasaraya Di Banting Tampil Beri Penjelasan Tentang Isu Potong Daging Babi Di Tempat Pemotongan Ayam

Pasaraya Di Banting Tampil Beri Penjelasan Tentang Isu Potong Daging Babi Di Tempat Pemotongan Ayam

Kategori:
viral isu potong babi

Baru-baru ini heboh di media sosial berkenaan satu dakwaan yang mengatakan seorang pekerja di sebuah pasaraya di Banting memotong daging di tempat memotong daging ayam di premis berkenaan. Isu tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Namun pihak pengurusan pasaraya tersebut telah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut.

Isu tersebut tercetus selepas salah seorang pengguna facebook memuat naik status tentang apa yang berlaku dan meminta orang Muslim agar tidak membeli daging ayam di pasaraya tersebut. Susulan daripada isu yang viral itu, pihak pengurusan pasaraya telah memohon maaf atas kesilapan dari pihak mereka.

Jelas mereka lagi, segala peralatan yang digunakan telah digantikan dengan yang baharu dan daging ayam yang dijual ketika kejadian sudah pun dibuang. Bukan itu sahaja, mereka juga turut memanggil bilal masjid untuk membersihkan dan menyertu kawasan berkenaan. Difahamkan, pekerja pasar raya yang terlibat telah dibuang kerja serta-merta.

Isu yang viral di facebook

Kenyataan pihak pengurusan

Nak bisnes biarlah hormat sesama agama lain

tags: | |