Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Elak Sayuran Cepat Layu, Ikut Cara Mudah Ini Untuk Simpannya Agar Tahan Lama

Elak Sayuran Cepat Layu, Ikut Cara Mudah Ini Untuk Simpannya Agar Tahan Lama

Kategori: ,
cara simpan sayur

Kadangkala, baru sahaja beberapa hari membeli sayur dan diletak di dalam peti ais namun terpaksa dibuang kerana sudah layu dan memburuk.

Rasa sangat membazir, tapi nak buat macam mana kan? Sebenarnya ada cara menyimpanannya yang betul supaya sayur kekal segar dan tahan lama. Nak tahu macam mana? Jom ikuti perkongsian oleh Saudari Fatin Tarmedi di bawah.

Elak Sayuran Cepat Layu, Ikut Cara Mudah Ini Untuk Simpannya Agar Tahan Lama

Hai semuaaa! Selamat hari ahad! Okey sayur yang selalu cepat layu atau cepat rosak ada lah daun daun.

Ni fatin nak share tips untuk simpan daun daun. Daun yang selalu fatin guna is daun kari. Tips ni fatin belajar dari kawan fatin. Nampak dia guna di ig.

So daun apa yang boleh kita guna teknik ni.

  1. Daun sup
  2. Daun ketumbar
  3. Daun kari
  4. Daun limau purut
  5. Daun daun freah herbs yang selalu dalam masakkan western macam sage/basil/oregano/dill etc

Apa yang kita perlukan?

  1. Plastik aiskrim/ bekas.
  2. Daun daun
  3. Air yang bertapis

Cara-caranya:

  1. Daun yang dah dibasuh, letak dalam plastik aiskrim/ bekas.
  2. Masukkan air bertapis dalam bekas sampai hapus daun.
  3. Tutup dan letak dalam freezer.

Dia tahan lama tau. Nak pakai terus lebur aja dalam periuk. 

Kredit: Fatin Tarmedi

tags: |