Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Wanita Kongsi Tips Letak ‘Tisu’ Jika Nasi Goreng Terlebih Minyak, Settle Masalah!

Wanita Kongsi Tips Letak ‘Tisu’ Jika Nasi Goreng Terlebih Minyak, Settle Masalah!

Kategori:
letak tisu dalam nasi goreng

Banyak petua masakan dulu-dulu yang masih diguna pakai pada masa sekarang. Sebagai contoh, petua untuk lembutkan daging dengan cepat dan sebagainya.

Namun, lain pula dengan petua ini. Jika anda terbuat nasi goreng tapi terlebih minyak, letak sahaja tisu di dalamnya untuk menyelesaikan masalah. Biasanya tisu hanya digunakan untuk melapik makanan yang bergoreng sahaja kan?

Tips ini dikongsikan oleh Puan Azira Hassim. Ramai yang merasa pelik dengan tips ini tapi tak kurang juga ramai yang turut menggunakan cara yang sama.

Apa nak buat bila nasi goreng terlebih minyak.

Al kisahnya siang tadi buat nasi goreng,tapi terlebih minyak.Rupanya orang dalam rumah yang ada ni pun slow je makan.Kalau tak habis je cepat.

Diri sendiri pun jadi tak lalu nak makan kalau nasi goreng minyak ‘beleming’ orang kata.

Tadi rasa kesian tapi teringin juga nak makan.Lagipun adalah lagi untuk portion sorang dua.So macam biasalah kita panaskan balik dalam kuali tapi add on tisu dapur 2 helai.

Selalunya tisu jelah penyelamat kalau meehon & nasi goreng terlebih minyak ni.Kacaulah kaup balik nasi dengan tisu tu banyak-banyak kali.Sampai serap minyak pada tisu.Rasa tak cukup tisu lagi.Tambah secukup rasa.Bukan untuk makan tisu tu tau.Untuk bantu serapkan minyak yang berlebihan tadi.

Kalau ada yang tanya atau cakap tak kotor ke tisu tu?

Akak tak pakai tisu tandas ye derrr… Pakai tisu dapur yang agak bagus kualitinya.Tak mudah koyak & tiada sisa tisu yang tinggal dalam nasi tu.

Tiada beza pun bila kita guna tisu tu untuk untuk fungsi alas cekodok goreng,kentang goreng,ayam goreng & yadaa…yadaaa tu ya.

*Sekadar berkongsi tips.

Kredit: Azira Hassim

Baca Juga: Gara-Gara Biarkan Anak Memasak, Wanita Ini Sabar Bila Melihat Peralatan Dapurnya Tidak Dapat ‘Diselamatkan’

tags: |