Keputusan berani dan mengejut Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) berkenaan dengan pengumuman rasmi beliau yang telah menarik balik pembuatan alkohol daripada senarai pelaburan berpontensi negara.
Difahamkan langkah yang dibuat adalah berdasarkan kepada majoriti rakyat Indonesia yang mana terdiri daripada umat Islam serta bantahan daripada kumpulan berkenaan.
Sebelum ini, Perundangan Mewujudkan Pekerjaan 2020 atau Perpres no. 10/2021, Indonesia telah membuka pelaburan industri pembuatan alkohol di republik itu.
Tindakan itu membuka kembali pelaburan tempatan dan luar negara dalam industri itu terutama di Bali, Papua, Nusa Tenggara Barat dan Sulawesi, yang sebelum ini adalah sektor tertutup. Walau bagaimanapun, pembukaan pelaburan industri pembuatan alkohol dikatakan telah mencemarkan imej Indonesia di mata dunia Islam.
Sehubungan dengan itu, Pak Jokowi pada sebuah sidang media semalam memaklumkan untuk memansuhkan keputusan yang dibuat selepas menerima maklum balas ulama, Majlis Ulama Indonesia (MUI), Nahdlatul Ulama (NU), Muhammadiyah dan beberapa pertubuhan lagi.
Keputusan tersebut dibuat bukan sahaja diraikan umat Islam di Indonesia, malah turut menerima pujian daripada negara-negara Islam yang lain.