Setiap ibu pastinya inginkan yang terbaik buat anak-anak mereka. Ibu mana yang tidak sayang anak, bahkan binatang juga turut tahu menyayangi anak-anaknya. Tidak dapat dinafikan kasih sayang seorang ibu ini melampaui segala-galanya.
Namun begitu, sebagai seorang ibu janganlah terlalu over. Kesian pada anak-anak tau. Seperti mana kisah yang dikongsi oleh seorang individu di laman facebook berkenaan dengan seorang ibu yang tergamak hanya membekalkan anaknya kurma dan kismis sahaja.
Dan lebih keterlaluan lagi apabila ibu murid tahun dua ini akan memarahi sesiapa yang memberikan makanan kepada anaknya. Kerana ia menganggap perkara tersebut akan mencemari pola pemakanan anaknya.
Menurut wanita ini, sememangnya dia sangat terkilan apabila kanak-kanak tahun 2 ini terpaksa berlapar hanya kerana dibekalkan kurma dan kismis sahaja oleh ibunya. Apabila ditanya anak ini hanya menangis. Wanita ini menyangka murid ini susah lalu ingin cuba membantu dan menghampirinya. Namun ditegah oleh seorang guru disitu.
Dah dua hari saya perhatikan seorang murid tahun 2 ni. Hari pertama saya nampak dia kutip lebihan-lebihan makanan kawan-kawan yang ditinggalkan dan dia makan.
“Semalam dia menangis sambil makan bekalan dari ibunya. 3 biji kurma dan beberapa biji kismis. Saya perhatikan bila dia buka bekal terpacul dari mulut dia “sikit jer”.” Dan dia terus nangis! saya cuba hampiri dia tiba-tiba ustazah yang mengajar di situ menarik tangan saya.
Apa yang lebih menyakitkan hati apabila guru tersebut memberitahu ibu kepada murid ini tidak membenarkan orang lain memberikan makanan untuk anaknya. Ibu bapa murid tersebut bukanlah dari golongan yang susah, namun mereka amat menjaga pemakanan anaknya.
Ustazah : Biarkan Aida.. dia memang macam tu. Mak dia tak benarkan makan makanan lain selain dari bekalan yang dibawa dari rumah.
Duit pun tak pernah bagi sebab tu dia antara orang terakhir yang masuk kelas sebab dia akan kutip lebihan yang tinggal di bekas makanan yang kawan-kawan dia beli.
“Kalau awak bagi nanti mak dia akan marah dan cakap awak mencemari pemakanan anak dia.”
Erm… kalau nak anak suci sangat jangan sekolahkan anak di sekolah kebanyakan, kesian budak. Ibu bapa murid berkenaan bukan tak mampu tapi lebih dari mampu.
Perkongsian ini membuatkan ramai ibu bapa lain bengang. Rata-ratanya menganggap ianya adalah sesuatu yang kejam kerana menyeksa anak. Budak tu baru berumur 8 tahun kot, pasti ada keinginan nak makan makanan lain seperti orang lain.
Nak sayang boleh. Tapi jangan sampai anak-anak terseksa. Terlalu menjaga pola pemakanan anak, sehingga sanggup bagi makan kurma dan kismis sahaja. Walaupun makanan sunnah tersebut memang sangat bagus namun fikirkanlah juga apa yang terbaik untuk anak-anak pada zaman sekarang.
Kredit: Aida Puan Sri Squeq